KUALA LUMPUR:Datuk Seri Najib Tun Razak akan memfailkan saman terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan kenyataan fitnah di dalam buku yang diterbitkan baru-baru, My Story: Justice in the Wilderness yang mengaitkannya dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Perkara itu disahkan oleh peguam bekas perdana menteri Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika dihubungi Bernama.
“Ya, kami akan menyaman beliau bagi pihak anak guam kami. Semalam, Thomas telah memberi jawapan kepada surat tuntutan (LOD) kami …. beliau menyangkal memfitnah anak guam kami.
“Penerbitnya, GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd belum menjawab LOD kami. Kami akan mengemukakan saman fitnah terhadap Thomas dan penerbit secepat mungkin," kata Muhammad Shafee.
Pada 2 Feb lepas, Najib melalui peguamnya Shafee Co, menuntut permohonan maaf dan ganti rugi sebanyak RM10 juta dari Thomas kerana mendakwa telah memfitnah beliau di dalam buku yang ditulis bekas peguam negara itu.
Dalam surat itu, Najib menuntut jawapan yang memuaskan daripada Thomas sebelum pukul 12 tengah hari Jumaat dan menyatakan, bahawa sekiranya Thomas gagal melakukannya, prosiding undang-undang akan dimulakan awal minggu depan.
Beliau juga menuntut agar kenyataan itu ditarik balik dengan jelas daripada buku itu dan permohonan maaf sepenuhnya bagi fitnah di dalam bab 42 di bawah tajuk "Altantuya".
Dokumen itu turut menyebut bahawa dengan inferens dan sindiran yang jelas, Thomas telah menghantar mesej bahawa beliau, sebagai AG dan Pendakwa Raya ketika itu, berpuas hati dengan kebenaran dakwaan dua individu yang telah disabitkan bahawa Najib terlibat dalam mengarahkan mereka membunuh Altantuya.
Surat itu juga menyatakan bahawa kenyataan tersebut adalah jelas bermotifkanem mala fide (niat jahat) dan secara prinsipnya dilakukan demi kepentingan diri Thomas dalam mencari publisiti murahan yang didorong oleh egonya, sensationalisme dan keuntungan.
Bernama
Sat Feb 06 2021

Datuk Seri Najib Tun Razak akan memfailkan saman terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan kenyataan fitnah di dalam bukunya. - Bernama

Verstappen tewaskan McLaren, menangi F1 Grand Prix Emilia Romagna
Juara bertahan empat kali, Max Verstappen menewaskan dua pelumba pasukan McLaren untuk memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) keduanya musim ini di Grand Prix Emilia Romagna di Itali pada Sabtu.

Perasmian sayap PKR: 'Surat hanya kepada Anwar dan Fuziah, macam mana boleh bocor?' - Rafizi
Rafizi berkata, perkara itu sepatutnya tidak didedahkan, dan beliau mempersoalkan bagaimana perkara sulit seperti itu boleh menjadi pengetahuan umum.
Tumpuan Isnin – 19 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Mei 2025.

Gunung Lewotobi di Indonesia meletus, cetus amaran penerbangan tertinggi
Gunung Lewotobi di Wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, meletus beberapa kali pada Ahad.

Misi satelit ke-101 Agensi Angkasa Lepas India gagal
Agensi Angkasa Lepas India mengalami kegagalan dalam misi pentingnya apabila satelit pemerhatian Bumi di atas roket Kenderaan Pelancar Satelit Kutub (PSLV) hilang sejurus selepas pelancaran pada Ahad.
Pelancaran satelit pemerhatian bumi India gagal
Agensi Angkasa Lepas India (ISRO) gagal menghantar satelit pemerhatian bumi ke orbit selepas tekanan dalam kebuk enjin pada peringkat ketiga pelancaran roket menurun secara mendadak.
Trump minta Fed potong kadar faedah segera, bukan kemudian
Rizab Persekutuan AS (Fed) diseru Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump agar segera menurunkan kadar faedah sambil mengkritik pengerusinya, Jerome Powell, yang menurutnya sering bertindak lambat dan mungkin mensia-siakan peluang sekali lagi.
Ibu kebumi anak lelaki terkena serangan udara di Khan Younis
Seorang wanita mengebumikan anak lelakinya pada Ahad setelah terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan khemah pelarian di al-Mawasi, Khan Younis, Gaza, malam tadi.

Lumba haram: 10 warga Malaysia didenda di Hat Yai
Sepuluh pelancong Malaysia dikenakan denda oleh polis Thailand atas kesalahan memandu secara berbahaya di Daerah Hat Yai pada Jumaat lepas.

Majoriti rakyat Malaysia tolak permohonan pengampunan diraja Najib Razak - Tinjauan
Tinjauan mendapati bahawa 57.8% responden percaya bahawa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang disabitkan kesalahan tidak sepatutnya diberikan pengampunan bagi hukuman penjara.

1MDB: Pembelaan Najib tutup kes, mahkamah tetap 21 Okt untuk dengar hujah
Tan Sri Muhammad Shafee memaklumkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Tinggi selepas memanggil saksi terakhirnya pakar forensik dokumen Tay Eue Kam.

Kes SRC: AGC mohon lanjutan sebulan untuk putuskan representasi Najib
AGCbelum membuat keputusan berhubung representasi Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurkan tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram melibatkan SRC International.

Dapatan tidak konklusif, pakar forensik gagal tentukan kesahihan tandatangan Najib
Mahkamah Tinggi diberitahu terdapat beberapa persamaan dan perbezaan pada tandatangan didakwa milik Najib dalam dokumen berkaitan 1MDB.

Titah Adendum: Soalan dikemuka AG isu kepentingan awam - Mahkamah
Mahkamah Persekutuan memutuskan tujuh soalan yang dikemukakan Peguam Negara dalam kes melibatkan dokumen tambahan Najib, adalah isu kepentingan awam yang perlu dibincangkan di mahkamah.

Titah Adendum: Peguam Negara dibenar merayu keputusan Mahkamah Rayuan
Mahkamah berpuas hati persoalan undang-undang yang dikemukakan dengan menyentuh isu kepentingan awam.

Titah Adendum: Permohonan Peguam Negara untuk dibenar merayu diputus hari ini
Keputusan permohonan kebenaran itu akan diputuskan oleh panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Hakim Besar Malaya.

Dokumen tambahan Najib: Mahkamah Persekutuan putuskan permohonan Peguam Negara esok
Panel tiga hakim iaitu Ketua Hakim Malaya, Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Persekutuan dijadualkan menyampaikan keputusan pada pukul 9 pagi esok.

Roger Ng beritahu mahkamah dia kenal Jho Low sejak penubuhan TIA pada 2009
Ng disabitkan kesalahan di New York pada 2013 kerana membantu dalam penyelewengan dana 1MDB dan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun.

1MDB: Mahkamah putuskan Roger Ng layak memberi keterangan dalam kes Najib
Mahkamah Tinggi putuskan Roger Ng Chong Wa, boleh tampil sebagai saksi pada perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan 1MDB.