awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib dan Muhyiddin tinggalkan Perhimpunan UMNO lawat kawasan banjir

Astro Awani
Astro Awani
05/12/2013
07:40 MYT
Najib dan Muhyiddin tinggalkan Perhimpunan UMNO lawat kawasan banjir
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan Perhimpunan Agung UMNO ke-64 untuk melawat kawasan banjir di Pahang.
Najib bergegas meninggalkan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk ke Pahang, negeri yang semakin teruk dilanda banjir.
"Saya dalam perjalanan untuk meninjau keadaan banjir di Rompin, Pekan dan Kuantan. Saya diberitahu anggota-anggota keselamatan kita sedang bertungkus-lumus memindahkan mangsa-mangsa ke tempat selamat dan memastikan bekalan makanan dan ubat-ubatan mencukupi.
"Paling mustahak, sila patuhi arahan keselamatan dan berjaga-jaga dalamkeadaan kecemasan seperti ini," katanya dalam entri terbaru Facebook beliau hariini.
Sementara dalam twitternya pula, Najib turut mendoakan agar keadaan dan mangsa banjir selamat.
"Saya akan bertolak ke Pahang untuk menjenguk keadaan banjir di Kuantan, Rompin & Pekan sebentar lagi. Doakan semuanya selamat," katanya.
Saya akan bertolak ke Pahang untuk menjenguk keadaan banjir di Kuantan, Rompin & Pekan sebentar lagi. Doakan semuanya selamat.
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) December 5, 2013
Pahang antara negeri yang terjejas teruk akibat banjir yang melanda sejak awal minggu ini.
Sementara itu, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melawat kawasan banjir di Mersing, Johor esok (Jumaat).
Topic Berkaitan
#banjir
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan