PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak dinafikan akses kepada keadilan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 yang menghalangnya daripada mempertikaikan penalti cukai berjumah RM1.7 bilion dikenakan terhadapnya, Mahkamah Persekutuan diberitahu pada Rabu.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, cukai terhadap bekas Perdana Menteri itu dinilai pada jumlah RM8 bilion, namun dakwanya, sebahagian daripadanya datang daripada derma yang kemudian digunakan untuk program politik dan sosial.
Muhammad Shafee turut mempertikaikan mengapa Najib perlu membayar penalti tersebut sedangkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenakan cukai terhadap derma, bukan pendapatan bercukai.
BACA: Najib perlu bayar RM1.69 bilion kepada LHDN
Beliau berkata demikian ketika berhujah di hadapan lima panel di Mahkamah Persekutuan pada Rabu.
Panel hakim itu dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abu Bakar Jais turut bersidang untuk pendengaran tersebut pada Rabu.
Dalam prosiding sama, Muhammad Shafee juga mendakwa Kerajaan Malaysia berusaha memufliskan Najib, sebelum Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT) mendengar merit pembelaan bekas Perdana Menteri itu.
BACA: Tunggakan cukai RM1.7 bilion: Mahkamah Persekutuan dengar rayuan Najib, anak 14 Jun
Menurutnya, ia bermakna hujahan Kerajaan Malaysia sebagai responden mengenai SCIT sebagai forum yang bersifat akademik atau tidak lagi relevan jika responden berjaya membalikkan Najib sebelum suruhanjaya itu membuat kesimpulan.
Najib dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin, membuat rayuan berhubung penghakiman terus diperoleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap mereka dalam kes tunggakan cukai pendapatan.
Bekas perdana menteri dan anaknya itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan LHDN memasukkan penghakiman terus bagi mendapatkan semula lebih RM1.7 bilion cukai tertunggak daripada mereka.
Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.
Pada 2020, dua Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus bagi mendapatkan semula tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion daripada Najib manakala RM37.6 juta daripada Mohd Nazifuddin bagi tempoh antara 2011 dan 2017.
Pada 9 September 2021, Najib dan Mohd Nazifuddin gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan penghakiman terus itu, namun pada 10 Mei tahun lepas mereka memperoleh kebenaran untuk meneruskan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Astro Awani
Wed Jun 14 2023
Muhammad Shafee turut mempertikaikan mengapa Najib perlu membayar penalti tersebut sedangkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenakan cukai terhadap derma, bukan pendapatan bercukai. - Gambar fail
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
Fokus Minggu Depan: Gelanggang PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Ikuti kupasan Timbalan Ketua (Strategi), Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang bermula seusai proses penamaan calon pada Sabtu.
Wanita lintas jalan hingga akibatkan kemalangan direman
Seorang wanita berusia 35 tahun yan melintas jalan sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan maut di KM98.6 LPT 1 direman dua hari.
MINDEF sedia dapatkan khidmat pakar luar negara jika perlu
Kementerian Pertahanan sedia mendapatkan khidmat pakar dari luar negara jika diperlukan untuk membantu siasatan nahas dua helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya.
Nahas helikopter di Lumut tidak jejas operasi TLDM - Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata Panglima Tentera Laut ketika ini sedang menyusun atur segala keperluan bagi mengimbangi kekurangan yang berlaku terutama di Pangkalan Lumut dan Sepanggar.
Rumah terbuka santunan kasih syawal TPM
Rumah Terbuka Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sudah menjadi tradisi bagi merai dan menyantuni masyarakat pelbagai kaum dan Astro AWANI berkesempatan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Akta laut wilayah masih sah dan terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, melainkan ia diisytiharkan sebaliknya oleh mahkamah.
Pengusaha stesen minyak terima ugutan digesa lapor kepada polis - Menteri
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
PRK Kuala Kubu Baharu: SPR tubuh dua pasukan penguat kuasa kempen
SPR menubuhkan dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau aktiviti calon yang bertanding pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Ancaman Israel untuk serang Rafah boleh cetuskan konflik dengan Mesir
Ancaman tentera Israel untuk menyerang Bandar Rafah di Semenanjung Gaza, Palestin boleh mencetuskan konflik dengan Mesir, kata Duta Mesir ke India Wael Mohamed Awad Hamed.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
LHDN umum penutupan operasi selama dua hari semasa Aidilfitri
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) hari ini memaklumkan semua pejabat agensi itu di seluruh negara akan ditutup selama dua hari iaitu pada hari Rabu dan Khamis ini.
LHDN sekat perjalanan lebih 180,000 individu akibat tunggakan cukai - MoF
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengambil tindakan sekatan perjalanan ke atas 182,666 individu sejak undang-undang mengenainya dikuatkuasakan sehingga 29 Februari 2024.
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam keputusan berkaitan pembaharuan percukaian negara - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata kerajaan sentiasa berusaha untuk mengimbangi kesan pelaksanaan dengan menyediakan jaringan sosial untuk rakyat.
Perubahan waktu operasi kaunter perkhidmatan LHDN sepanjang Ramadan
HASiL memaklumkan perubahan waktu operasi kaunter perkhidmatan HASiL sepanjang bulan Ramadan mulai 12 Mac 2024-9 April 2024 tahun 2024/1445H.
MA63: Sembilan tuntutan asas selesai sepenuhnya
Sebanyak sembilan perkara atau tuntutan asas berkenaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah selesai sepenuhnya setakat ini.
'Kalau tak bayar cukai, geledah dan ambil tindakan' - PM Anwar
Menteri Kewangan itu menambah, agensi berkenaan tidak perlu takut untuk mengambil tindakan termasuk jika perlu menggeledah ke atas mereka yang tidak membayar cukai.
Perkhidmatan e-Filing bagi tahun taksiran 2023 bermula hari ini
Pembayar cukai individu dan selain individu boleh mengemukakan Borang Nyata (BN) Tahun Saraan 2023 dan Tahun Taksiran 2023 melalui e-Filing mulai hari ini (1 Mac).