awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langkah tingkat perbelanjaan pelancong fokus utama VM2026 - Tiong
Mak nyah pertama didakwa di Kelantan kerana tukar jantina
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib hadir lagi ke SPRM

Bernama
Bernama
19/11/2018
02:43 MYT
Najib hadir lagi ke SPRM
Najib telah hadir ke SPRM beberapa kali sebelum ini untuk membantu siasatan beberapa kes dengan kali terakhir ialah pada 8 November lepas. - Gambar fail/BERNAMA
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini, dipercayai bagi membantu siasatan berkaitan kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.
Kenderaan dinaiki Najib kelihatan memasuki pintu hadapan ibu pejabat SPRM pada kira-kira 9.23 pagi, diiringi kereta polis di belakang.
Najib telah hadir ke SPRM beberapa kali sebelum ini untuk membantu siasatan beberapa kes dengan kali terakhir ialah pada 8 November lepas.
Pada Khamis lalu, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor didakwa atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak, dua tahun lepas.
Turut didakwa bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor atas empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah untuk dirinya dan Rosmah berjumlah RM5.5 juta berhubung projek yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas perdana menteri
#Ibu Pejabat SPRM
#Najib Razak
#penyelewengan
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan