Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan perjalanannya kerjaya politiknya sepanjang 40 tahun sejak 21 Februari 1976 lalu penuh dengan berliku dan sarat dengan kisah suka duka serta pelbagai asam garam kehidupan.
Perdana Menteri berkata sejak mula menjadi Ahli Parlimen Pekan sewaktu berusia 22 tahun tujuh bulan pada 1976, beliau tidak sunyi daripada pelbagai ujian getir termasuk nyaris terkorban sewaktu helikopter yang dinaikinya mengalami kerosakan dan berpusing menyebabkan ia terpaksa melakukan pendaratan
cemas di Janda Baik, Pahang, pada tahun 1987.
"Sepanjang 40 tahun telah tentu banyak sekali yang saya terpaksa hadapi dan kalau Allah tak melindungi, mungkin umur saya tak panjang sampai hari ini. Saya pernah beberapa kali nyaris maut tetapi tidak ramai orang tahu.
"Salah satunya helikopter yang dinaiki nyaris-nyaris terjatuh di kawasan Janda Baik, namun Alahmdulillah saya selamat," katanya ketika berkongsi kisah suka duka sepanjang 40 tahun melibatkan diri sebagai orang politik.
Beliau membuka cerita itu ketika berucap selepas majlis tahlil, doa selamat dan solat hajat perdana sempena 40 tahun penglibatannya dalam politik dan pentadbiran kerajaan di Masjid Sultan Ahmad Shah, di sini malam ini.
Majlis anjuran UMNO Bahagian Pekan itu turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Detik cemas
Najib berkata beliau juga mengalami detik cemas apabila hampir terjatuh sewaktu bertukar bot ketika melawat kawasan di Pulau Tioman semasa Rompin masih berada di bawah Parlimen Pekan.
"Kereta yang saya naiki juga pernah kemalangan...terbalik sewaktu hujan. Ketika itu isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) sedang mengandung dan sedar-sedar sahaja kereta telah dimasuki air, namun Alhamdulillah kami selamat," katanya.
Justeru, katanya majlis kesyukuran malam ini memadai untuk menyambut ulang tahun 40 penglibatannya dalam politik kerana tanpa keredhaan Allah, sudah pasti beliau tidak sampai ke tahap ini.
Najib turut menyifatkan hari ini sebagai hari yang penuh perasaan dan nostalgia bagi dirinya dan Pekan dipilih sebagai tempat untuk meraikan ulang tahun tersebut kerana di sinilah karier politiknya bermula.
Menurutnya tanpa bantuan dan sokongan orang Pekan beliau tidak mampu untuk bertahan sehingga kini.
Setahun jagung
Najib turut menyingkap rahsia semasa detik awal penglibatannya dalam politik, beliau sendiri tidak yakin dengan dirinya memandangkan usianya ketika itu yang baru setahun jagung dan baru pulang dari luar negara.
"Saya fikir nak bertanding atau tidak...ketika itu saya baru sahaja bekerja selepas lapan tahun belajar di luar negara. Nak bercakap bahasa Melayu pun masih gugup, apa lagi nak berucap dalam bahasa Melayu, orang kata 'ketaq lutut'.
"Saya terpaksa belajar dari orang Pekan Lama dan di rumah kayu lama itu (rumah Allahyarham Tun Razak di Pekan) saya belajar segalanya," katanya.
Beliau mengambil keputusan menceburi bidang politik kerana hanya menerusi cara itu beliau dapat membantu rakyat yang susah dan miskin dan itu memberikan satu kepuasan peribadi kepada dirinya.
"Kepuasan yang mendalam dan menyentuh perasaan apabila saya dapat bantu orang yang benar-benar susah dan miskin serta memerlukan pertolongan sama ada wang, rumah, bantu mereka pergi haji atau dapatkan biasiswa untuk pelajar susah," katanya.
Sebagai ahli politik dan Anggota Parlimen Pekan, Najib turut melahirkan rasa bangga kerana telah banyak membantu melakukan pembaharuan dan pembangunan untuk negara termasuk untuk daerah Pekan dan Pahang khasnya.
Bernama
Sun Feb 21 2016
Najib berkata, majlis kesyukuran itu memadai untuk menyambut ulang tahun 40 penglibatannya dalam politik kerana tanpa keredhaan Allah, sudah pasti beliau tidak sampai ke tahap ini. - Foto Bernama
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Najib imbas suka duka sepanjang empat dekad jadi orang politik
Perdana Menteri berkata sejak mula menjadi Ahli Parlimen Pekan sewaktu berusia 22 tahun tujuh bulan pada 1976, beliau tidak sunyi daripada pelbagai ujian getir.