Insiden letupan bom di kawasan Bukit Bintang awal pagi tadi mendapat kritikan dari Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.
Berucap hari ini, Najib berkata: "Tiada toleransi terhadap perbuatan yang menyalahi undang-undang ini. Siasatan polis sedang dijalankan, dan pelaku yang yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.
(“I condemn in the strongest terms the violence that occurred this morning in Bukit Bintang. “Such lawlessness will not be tolerated. The police investigation is underway, and the perpetrators of this crime will be found and brought to justice.”)
Dalam kejadian tersebut, seorang mangsa insiden letupan bom dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Sumber polis berkata mangsa yang meninggal dunia ialah pekerja joki kereta, Tiong Kwang Yie, yang cedera parah dalam kejadian tersebut.
Ketua Jabatan Kecemasan HKL, Datuk Dr Abu Hassan Asaari Abdullah berkata, senarai penuh mangsa insiden bom yang dihantar ke HKL masih belum dapat disahkan kerana beberapa maklumat masih belum diperoleh.
"Seorang mangsa yang kritikal sudah meninggal dunia, kita masih menguruskan maklumat mangsa-mangsa yang ada di sini.
"Kita akan memberikan maklumat susulan sebaik sahaja mendapat pengesahan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
GALERI FOTO: INSIDEN LETUPAN DI BUKIT BINTANG
Seramai 14 orang cedera dalam insiden letupan bom di sebuah bangunan di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur kira-kira jam 4.00 pagi.
Tinjauan di tempat kejadian mendapati lokasi terbabit ditutup kepada orang awam bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut.
Terdapat empat kenderaan diletakkan di hadapan kelab malam tersebut iaitu masing-masing sebuah Toyota Alphard, Mazda, BMW dan Toyota Camry.
Alphard berkenaan tertanggal bampar hadapannya akibat letupan itu dan kelihatan tompok-tompok hitam di atas jalan berhampiran kenderaan tersebut termasuk serpihan kaca.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa ketika dihubungi berkata sebanyak dua bom dilemparkan dari aras dua tempat letak kereta bangunan berdekatan dalam kejadian kira-kira 4.20 pagi itu, lapor Bernama.
"Suspek dipercayai membalingkan bom dari tingkat atas bangunan. Satu daripada bom itu meletup di hadapan kelab malam. Satu lagi tidak meletup dan berada di bawah kereta Toyota Camry, yang terletak berhadapan kelab malam tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Bom kedua tersebut berjaya diletupkan Unit Pemusnah Bom Polis pada jam 12.30 tengah hari.
Mangsa kejadian berusia di antara 20 hingga 42 tahun, dua daripadanya wanita.
Mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Ampang (tiga mangsa) dan Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Ampang (dua mangsa).
Setakat ini, 12 mangsa yang sedang dirawat terdiri daripada dua warga China, satu Singapura, satu Thailand, manakala selebihnya adalah warga tempatan.
Terdahulu, tujuh daripada mereka - enam lelaki, satu wanita - telah dihantar ke hospital swasta Tung Shin sebelum dipindahkan ke HKL sekitar jam 6.30 pagi.
Terkini, dua mangsa yang menjalani rawatan resusitasi di HKL telah dipindahkan ke wad biasa.
Pihak polis masih menyiasat motif kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Senjata dan 307 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata masih terlalu awal untuk mengaitkan kejadian letupan bom di Bukit Bintang dengan kegiatan pengganas.
Astro Awani
Thu Oct 09 2014
Najib mengutuk insiden letupan bom awal pagi tadi dan berjanji pelaku akan dibawa ke muka pengadilan. - Foto Fail
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Najib kutuk insiden letupan bom di Bukit Bintang
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak mengkritik pengeboman di Bukit Bintang awal pagi tadi sebagai sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan.