awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib lawat Perth tinjau operasi SAR

Astro Awani
Astro Awani
02/04/2014
00:42 MYT
Najib lawat Perth tinjau operasi SAR
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan mengadakan lawatan kerja ke Perth, Australia selama dua hari bermula hari ini.
Lawatan bertujuan meninjau operasi pelbagai negara dalam pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370, dari Perth.
Perdana menteri akan meninjau operasi itu di Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) di Pangkalan Pertahanan Udara Pearce.
Wisma Putra dalam kenyataannya menyebut lawatan bertepatan bagi merakamkan penghargaan kepada kerajaan Australia serta pasukan dan anggota yang terlibat dalam pencarian tersebut, termasuk dari Malaysia.
Semasa di Perth, Najib juga dijadual mengadakan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri Australia, Tony Abbott bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama khususnya mengenai perkembangan terkini operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta hala tuju seterusnya operasi itu.
Dari Perth, Najib kemudian akan mengadakan lawatan rasmi ke Vietnam selama tiga hari mulai 3 April.
Topic Berkaitan
#MH370
#Najib Razak
#Perth
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan