Walaupun masa hadapan pelancongan di peringkat global kelihatan cerah, namun potensi bagi pelancongan di negara-negara ASEAN untuk berkembang lebih cerah lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pada hari Isnin.

"Pelancong ke Asia Tenggara dianggarkan akan mencapai kenaikan sebanyak 5.1 peratus setiap tahun, dan ini lebih tinggi daripada purata kadar kenaikan global sebanyak 3,3 peratus bagi tempoh 2010 hingga ke 2030," Najib berkata semalam apabila melancarkan Forum Pelancongan ASEAN 2014 (ATF).

Najib merujuk kepada kajian yang dijalankan Organisasi Pelancongan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO), yang menganggarkan bahawa jumlah pelancong ke Asia Tenggara akan melonjak dari 69.9 juta pada tahun 2010 ke 187 juta pada 2030.

"Ini mencerminkan sifat dinamik dan daya tarikan negara-negara ASEAN sebagai destinasi pelancongan," kata Najib.

Beliau berkata, jumlah pelancongan antarabangsa ke negara ASEAN dianggarkan akan melonjak dari 940 juta pada tahun 2010 kepada 1.8 bilion pada tahun 2030. Ini meluaskan pasaran dengan sebanyak 900 juta pelancong antarabangsa pada tahun 2030.

"Pelancongan terkenal sebagai industri cemerlang dan merupakan antara sektor ekonomi yang paling pantas membangun di dunia ini," beliau berkata.

Selain itu , Najib juga berkata pelancongan juga penting untuk faedah sosio- budaya kerana ia menggalakkan orang ramai untuk orang saling berkenalan, iaitu salah satu strategi utama ke arah mencapai Komuniti ASEAN pada tahun 2015.

ATF yang ke-33 melibatkan semua sektor indusri pelancongan di 10 negara anggota ASEAN.

Menteri dan pegawai pelancongan setiap tahun berbincang, mengkaji semula dan strategi cara untuk terus menggalakkan ASEAN sebagai destinasi pelancongan terkemuka di dunia.