awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib mohon batalkan saman Tony Pua berhubung 1MDB

Bernama
Bernama
16/02/2017
07:27 MYT
Najib mohon batalkan saman Tony Pua berhubung 1MDB
Pua memfailkan saman terhadap Najib dan kerajaan pada 16 Jan lalu atas dakwaan Najib terlibat dalam salah laku pentadbiran awam dan kerajaan membabitkan dana 1MDB. - Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon untuk membatalkan saman oleh Tony Pua Kiam Wee atas alasan saman yang difailkan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu bermotifkan politik dan menyalah guna proses mahkamah.
Peguam Nik Alia Hanafi yang mewakili Najib ketika dihubungi pemberita berkata perdana menteri memohon untuk membatalkan saman itu pada 14 Februari lalu juga atas alasan bahawa beliau bukan penjawat awam seperti didakwa Pua dalam writ saman dan pernyataan tuntutannya.
"Tuntutan saman plaintif (Pua) juga tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah," katanya ketika pengurusan kes saman itu di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'Hara hari ini yang menetapkan 7 Mac bagi pengurusan kes.
Nik Alia berkata anak guamnya juga berjaya mendapatkan penangguhan bagi memfailkan pernyataan pembelaan sementara permohonan untuk membatalkan saman itu diputuskan oleh mahkamah.
Turut hadir dalam prosiding itu peguam Joanne Chua mewakili Pua dan Peguam Kanan Persekutuan Zureen Elina Mohd Dom bertindak bagi pihak kerajaan Malaysia yang merupakan defendan kedua dalam saman itu.
Zureen Elina pula berkata kerajaan akan memfailkan permohonan bagi membatalkan saman Pua dan mahkamah memberi masa dua minggu untuk pihaknya memfailkan permohonan itu.
Pua memfailkan saman terhadap Najib dan kerajaan pada 16 Jan lalu atas dakwaan Najib terlibat dalam salah laku pentadbiran awam dan kerajaan membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menuntut ganti rugi am, tambahan dan teladan, faedah, kos serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1MDB
#kes mahkamah
#Najib Razak
#saman
#Tony Pua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan