awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib pegang kuasa penting dalam SRC, saya tidak boleh bantah arahan beliau - Saksi

Bernama
Bernama
10/06/2024
13:57 MYT
Najib pegang kuasa penting dalam SRC, saya tidak boleh bantah arahan beliau - Saksi
Ismee berkata beliau tidak akan berbuat demikian kerana percaya Najib cuba melakukan yang terbaik untuk negara dan syarikat. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah SRC International Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak boleh membantah arahan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana bekas Perdana Menteri itu memegang kuasa penting dalam syarikat itu.
Tan Sri Ismee Ismail, 59, berkata beliau tidak akan berbuat demikian kerana percaya Najib cuba melakukan yang terbaik untuk negara dan syarikat.
"Tiada sebab untuk saya mengesyaki Datuk Seri Najib tidak bertindak demi kepentingan SRC," katanya ketika disoal balas oleh peguam Chong Yik Loong yang mewakili seorang daripada responden pihak ketiga iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.
Ismee juga memberi keterangan sebagai responden pihak ketiga dalam saman US$1.18 bilion SRC International terhadap Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu Nik Faisal Ariff Kamil, yang masih bebas.
Chong turut membangkitkan keterangan Ismee minggu lepas yang menyaksikan saksi itu meluahkan rasa marah kepada Nik Faisal kerana tidak mengemukakan akaun kewangan 2013 syarikat walaupun Lembaga Pengarah telah meluluskannya.
"Sehingga Mei 2014 (apabila Lembaga Pengarah SRC mendapati mereka telah diberikan maklumat yang salah oleh pihak pengurusan mengenai penutupan akaun itu) tiada apa-apa yang menunjukkan bahawa ada yang tidak kena dengan syarikat itu," katanya.
Kepada soalan mengenai kemudahan pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan yang diperoleh SRC, Ismee berkata ia sudah diluluskan sebelum beliau menjadi pengarah syarikat itu.
"Saya percaya pada peringkat tertentu, terdapat usaha wajar yang telah dilakukan kerana bukan mudah untuk memperoleh jaminan kerajaan (untuk memohon pinjaman itu). Saya bekerja dengan Danaharta Nasional Berhad sebelum ini, jadi saya tahu betapa sukarnya untuk mendapat jaminan kerajaan.
"Saya hanya tahu mengenai kelulusan pinjaman itu semasa mesyuarat Lembaga Pengarah SRC yang pertama, saya rasa ia adalah satu kejutan yang menggembirakan," katanya.
Di bawah pengurusan baharu, SRC memfailkan saman itu pada Mei 2021 dengan mendakwa Najib telah melakukan pecah amanah dan salah guna kuasa serta memperoleh ganjaran peribadi daripada dana SRC selain menyeleweng dana itu.
SRC International sebelum ini menggugurkan lima pengarahnya daripada saman itu termasuk Ismee dan mengekalkan Najib sebagai defendan tunggal.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Najib untuk mengeluarkan notis pihak ketiga terhadap mereka.
Syarikat itu memohon deklarasi mahkamah bahawa Najib bertanggungjawab atas kerugian yang dialami syarikat itu akibat pelanggaran tugas dan amanah beliau serta menuntut beliau membayar pampasan sebanyak RM42 juta bagi kerugian itu.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin bersambung 13 Jun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SRC International
#pihak ketiga
#akaun kewangan
#kelulusan pinjaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan