Rakyat perlu memberi mandat pertama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-13 ini dengan penuh bermakna.
Anggota Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan berkata ini supaya Najib dapat meneruskan dasar transformasi beliau demi kemajuan negara dan kemakmuran hidup rakyat di negara ini.
"Tidak ada sifat pilih kasih yang diamalkan Perdana Menteri menyebabkan rakyat pelbagai kaum di negara ini merasa dihargai dan mendapat bahagian yang sama selaras dengan dasar transformasi yang diamalkan kerajaan," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan bantuan pakaian seragam sekolah kepada 50
keluarga tidak berkemampuan di Lunas, di sini petang semalam.
Gobalakrishnan yang merupakan bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kini anggota Parlimen Bebas, turut berterima kasih kepada Perdana Menteri atas usaha gigih beliau yang membolehkan rakyat pelbagai peringkat tidak tersisih daripada pembangunan negara.
Katanya beliau yakin bahawa Najib akan dapat membawa negara dan rakyat menuju ke arah kemajuan selaras dengan dasar negara yang menyasarkan pendapatan yang lebih tinggi untuk rakyatnya.
"Kita harap rakyat akan memberi mandat yang pertama kepada Perdana Menteri kini kerana mandat pada kemenangan PRU12 lalu adalah mandat yang diberi kepada perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi," katanya.
Bliau berkata sebagai seorang perdana menteri yang prihatin atas nasib rakyat, Najib mampu meneraju negara di sebalik pelbagai tohmahan yang dilemparkan pakatan pembangkang kini.
Sementara itu, Gobalakrishnan berkata beliau berhasrat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Padang Serai pada PRU13, namun kesal kerana ada pihak mempertikaikan kes mahkamahnya yang boleh membantutkan hasratnya bertanding kelak.
"Jika saya mendapat peluang saya akan tetap bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Padang Serai yang saya menangi pada PRU12 lalu kerana saya masih percaya penyokong saya masih berada bersama saya," katanya.
Bernama
Mon Dec 24 2012
UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Najib perlu diberi mandat pertama
Rakyat perlu memberi mandat pertama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-13 ini dengan penuh bermakna, kata Gobalakrishnan.