KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan samannya terhadap bekas Peguam Negara (AG), Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan menyalahgunakan kuasa dengan mendakwanya atas pertuduhan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Peguam Yudistra Darma Dorai yang mewakili Najib ketika dihubungi hari ini berkata, notis rayuan itu difailkan pada 22 Dis lepas.
Peguam Mervyn Lai, mewakili Thomas yang mengesahkan perkara itu berkata, Mahkamah Rayuan belum menetapkan tarikh lanjut mengenai perkara berkenaan.
Pada 25 Nov lepas, Hakim Datuk Ahmad Bache membenarkan permohonan Thomas untuk membatalkan saman berkenaan selepas mendapati tuntutan saman Najib adalah remeh, menyusahkan dan menyalahgunakan proses mahkamah.
Thomas, melalui notis permohonan untuk membatalkan saman itu yang difailkan pada 18 Nov 2021, antara lain mendakwa jika saman Najib diterus dan dibicarakan, ia akan menyebabkan kes jenayah yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi tergendala.
Najib, yang memfailkan saman itu pada 22 Okt 2021 mendakwa, pertuduhan terhadapnya adalah sebahagian daripada langkah yang dirancang lebih awal oleh Thomas dan ia selari dengan rancangan kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.
Najib, 69, mendakwa beliau telah dituduh secara salah di mahkamah dalam kes yang membabitkan 1MDB, International Petroleum Investment Company (IPIC), salah guna kuasa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan pengubahan wang haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).
Beliau memohon satu deklarasi bahawa Thomas telah melakukan misfeasans dalam jawatan awam dan ganti rugi RM1.9 juta termasuk fi rundingan untuk pasukan audit bagi menyemak dokumentasi dalam penyediaan fakta untuk menangani pendakwaan terhadapnya. - BERNAMA
Bernama
Wed Dec 28 2022

Najib Razak telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan samannya terhadap bekas Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung dakwaan menyalahgunakan kuasa dengan mendakwanya atas pertuduhan melibatkan 1MDB. - Gambar fail BERNAMA

Angkasawan UAE sambut Ramadan di angkasa
Angkasawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan alNeyadi, menyambut bulan Ramadan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Netanyahu terpaksa tangguh lawatan ke London
Keengganan juruterbang itu dikaitkan dengan rancangan Netanyahu untuk menyusun semula sistem perundangan Israel, yang menyebabkan protes besar-besaran.

Malaysia gesa diwujudkan agensi PBB urus isu air
Malaysia mencadangkan diwujudkan sebuah agensi khusus untuk air di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi melaksanakan Agenda Tindakan Air.

Inisiatif Pucuk Hijau UMW: Kenapa pokok bakau?
Sasaran Kumpulan UMW untuk tanam 300,000 pokok bakau di seluruh Malaysia semakin dihampiri.

AWANI Ringkas: Tiada lagi monopoli Puspakom untuk perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Wartawan Belarus di hukum penjara tiga tahun
Sebuah mahkamah di Belarus pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kepada seorang wartawan kerana mencetuskan kebencian dan perselisihan terhadap penguatkuasa undang-undang.

Banci Ekonomi 2023 juga dapat bantu rakyat buat keputusan
Rakyat boleh membuat keputusan strategik untuk kehidupan mereka berdasarkan data menyeluruh yang terkumpul daripada banci ini.

Inisiatif Pucuk Hijau UMW hampiri sasaran tanam 300,000 pokok bakau
Setakat 31 Januari tempoh hari, sekitar 174,000 pokok bakau sudah ditanam sejak kempen bermula pada pertengahan 2022.

Tanda semak biru Twitter kini tersedia di seluruh dunia - Elon Musk
Sistem pengesahan tanda semak biru Twitter kini tersedia di seluruh dunia, kata pemilik syarikat Elon Musk pada Khamis.

China menentang Amerika Syarikat memaksa penjualan TikTok
Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shu Jueting berkata kerajaan China menentang sebarang perancangan Amerika Syarikat untuk memaksa ByteDance menjual platform media sosialnya, TikTok.

Pengurusan kes rayuan Peguam Diraja untuk wakili Najib pada 6 April
Tarikh itu ditetapkan sementara menunggu keputusan permohonan semakan Najib yang dijadualkan pada 31 Mac.

Saifuddin sahkan Najib terima rawatan di hospital
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani rawatan di sebuah hospital di ibu negara.

Zahid Hamidi memang kuat, tapi jangan pandang rendah pengaruh 'Bossku', kata KJ
KJ beri amaran jangan pandang ringan suara Najib Razak di sebalik penjara yang boleh menentukan masa depan UMNO.

Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
Datuk Seri Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu, tetapi kini sudah kembali ke penjara.

Anak Najib menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi
Datuk Mohd Nazifuddin, memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Langkawi dalam pertembungan dua penjuru pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026, semalam.

31 Mac keputusan permohonan semakan kes SRC Najib
Tarikh keputusan itu disahkan oleh seorang daripada peguam Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee serta Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul.

Sudah 21 hari, Puad persoal keadilan Najib tertangguh
Katanya, penangguhan itu secara tak langsung akan menyebabkan kes Najib tidak mendapat keadilan yang telus.

Muhyiddin Yassin bukan Najib Razak - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal mengingatkan perwakilan parti dan rakyat bahawa kes pendakwaan di mahkamah melibatkan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sama dengan kes Datuk Seri Najib Tun Razak.

AGC fail notis rayuan berhubung keputusan kes Najib, Arul Kanda pinda laporan audit 1MDB
Jabatan Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Najib dan Arul Kanda daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.

Santhara tidak sepatutnya pergi ke NZ ketika pandemik - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa lawatan 55 hari ke New Zealand oleh bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Edmund Santhara Kumar.