awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jenazah ibu selamat dikebumikan, ayat Anuar Zain undang sebak
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib sahut cabaran Anwar untuk berdebat, mohon diadakan secara langsung di TV

Hilmi Malik
Hilmi Malik
04/04/2022
08:12 MYT
Najib sahut cabaran Anwar untuk berdebat, mohon diadakan secara langsung di TV
Datuk Seri Najib Razak menyatakan persetujuan beliau untuk berdebat dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung usaha menyelamatkan (bail out) syarikat Sapura Energy Bhd (Sapura Energy). - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan persetujuan beliau untuk berdebat dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bukan sahaja bersetuju, bahkan, Ahli Parlimen Pekan itu turut meminta acara debat itu dapat diadakan secara langsung dalam tempoh terdekat.
“Game on. Saya setuju debat dengan Anwar. Let’s rock! Saya minta pasukan Anwar dan Rafizi aturkan dengan media sekiranya ada yang berhasrat untuk siarkan live.
“Sila berhubung dengan pembantu saya untuk cari tarikh terdekat yang sesuai bagi semua,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau pada Isnin.
Najib menyatakan persetujuan itu selepas menerima cabaran untuk berdebat oleh Anwar hari ini.
Dalam hantaran itu, Najib turut menyentuh mengenai kenyataan Anwar yang menyatakan beliau gagal menjawab dakwaan Rafizi berhubung usaha menyelamatkan (bail out) syarikat Sapura Energy Bhd (Sapura Energy).
“Seolah-olah Rafizi menipu Anwar apabila dia memberi taklimat kepada Anwar berhubung isu ini.
“Yang mula-mula cabar untuk debat ialah Rafizi sehari dua sebelum Ramadan bermula. Saya cuma sahut sahaja.
“Saya sudah menjawab kesemua sanggahan Rafizi setiap kali dia naikkan. Setakat ini, dia (Rafizi) cuma buat posting tiga kali berhubung isu ini,” kata Najib lagi.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu dikatakan telah menantikan selama 10 tahun untuk berdebat dengan bekas Perdana Menteri itu serta mendakwa pelawaan itu tidak disambut.
Terdahulu, Anwar menegaskan beliau tidak gentar untuk berdebat dengan Najib sambil berkongsi serangkap pantun sebagai menggambarkan kesediaannya.
Berikut pantun yang dikongsi Ketua Pembangkan itu:
Tuan Puteri pergi ke Lukut Bawa pulang kacang panjang Sedikit pun hamba tak takut Kalau berani turun gelanggang
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#PKR
#Najib Razak
#Sapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan