awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib sertai majlis bacaan Yasin sempena Maal Hijrah di Masjid Negara

Bernama
Bernama
13/10/2015
23:20 MYT
Najib sertai majlis bacaan Yasin sempena Maal Hijrah di Masjid Negara
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) pada majlis bacaan yassin dan doa selamat sambutan Ma'al Hijrah 1437H di Masjid Negara, Selasa malam. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama ribuan orang hadir di Masjid Negara untuk menyertai majlis bacaan Yasin pada Selasa malam sempena Maal Hijrah 1437H/2015M.
Najib yang berbaju Melayu berwarna kelabu dan sampin berwarna ungu tiba pada pukul 7 malam dengan diiringi bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun, disusuli dengan doa awal tahun sebelum diteruskan dengan solat Maghrib.
Ia kemudian diteruskan dengan bacaan Yasin, tahlil, doa selamat serta solat Isyak yang diketuai Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syeikh Ismail Muhammad.
Terdahulu diadakan Forum Khas Maal Hijrah yang bertajuk 'Perpaduan Nadi Transformasi Negara', yang turut disiarkan secara langsung melalui TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan esok bermula di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur iaitu Dataran Merdeka, Padang Merbok, Muzium Negara, Masjid Jamek dan Muzium Kesenian Islam Malaysia sebelum bertumpu di Masjid Negara.
Topic Berkaitan
#bacaan Yasin
#Maal Hijrah
#Masjid Negara
#Najib Razak
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan