KUALA LUMPUR: Seorang penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa akaun bank peribadi milik Datuk Seri Najib Tun Razak menerima lebih RM60.6 juta melalui dua transaksi pada Februari dan Jun 2011.
Adam Ariff Mohd Roslan, 29, berkata berdasarkan analisis beliau, bekas Perdana Menteri itu menerima RM60,629,839.43 daripada Putera Faisal Bin Turkey Bin Bandar Alsaud pada 23 Feb 2011 dan 13 Jun tahun sama.
Saksi pendakwaan ke-47 itu berkata demikian ketika mengesahkan laporan jejak wang pada perbicaraan Najib membabitkan dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau berkata nombor akaun bank pelanggan yang membuat pesanan (Putera Faisal Bin Turkey Bin Bandar Alsaud) adalah sama dengan nombor akaun bank Riyad yang dihantar dana oleh syarikat Good Star Ltd sebelum ini.
Good Star Ltd adalah syarikat milik ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.
"Akaun bank Riyad telah memindahkan dana ke akaun Najib dalam tempoh satu hingga tiga hari perniagaan selepas Good Star Ltd menghantar dana ke akaun bak Riyad itu," katanya.
Beliau berkata berdasarkan kedekatan jarak masa serta nilai dana yang dihantar dan dipindah itu, adalah munasabah untuk mempercayai bahawa akaun bank Riyad telah digunakan sebagai pengantara bagi memindahkan wang daripada Good Star Ltd ke akaun Najib.
Terdahulu, Adam Ariff berkata dalam tempoh tiga tahun iaitu dari 2009 hingga 2011, Good Star Ltd telah menerima lebih US$810 juta daripada 1MDB.
"Pemeriksaan terhadap penyata bank Good Star bagi akaun bernombor 11116073, termasuk akaun semasa US$ bernombor 11116073.2000 dan akaun semasa CHF (Swiss franc) bernombor 11116073.2007, mengesahkan penerimaan dana daripada 1MDB dan Pengarah Petrosaudi International Ltd (PSI) Tarek Obaid," katanya.
Beliau berkata 1MDB telah memindahkan US$700,000,000 dan US$110,000,000 ke akaun RBS Coutts milik Good Star.
"Sebelum menerima US$700 juta daripada 1MDB, baki dalam akaun Good Star ialah kosong," katanya.
Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023

Najib hadir ke Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). -Bernama

AMK, NGO buat laporan terhadap Ahli Parlimen Putrajaya
Laporan itu dibuat mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.
AWANI 7:45 [25/09/2023] - Sanusi sahkan beri keterangan | Teknologi AI terbuka sumbang jenayah | Tarikh penamaan 21 Oktober 2023 | Peluang rangkul pingat emas
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar;
1. SPRM tanya saya empat soalan berkaitan REE, kata Sanusi
2. Hanya tempoh lapan bulan, lebih 15,000 ditahan kes jenayah dalam talian
3. Tarikh undi PRK DUN Jepak, 4 November 2023
4. Tiada siapa jangka e-sukan sumbang pingat pertama Malaysia di Sukan Asia
1. SPRM tanya saya empat soalan berkaitan REE, kata Sanusi
2. Hanya tempoh lapan bulan, lebih 15,000 ditahan kes jenayah dalam talian
3. Tarikh undi PRK DUN Jepak, 4 November 2023
4. Tiada siapa jangka e-sukan sumbang pingat pertama Malaysia di Sukan Asia
Identiti mangsa van terjunam dikenal pasti
Polis mengenal pasti identiti kesemua 11 mangsa yang terlibat dalam insiden van persiaran terbabas sebelum terjunam ke cerun di Jalan Teluk Kumbar malam tadi, termasuk seorang wanita warga Singapura yang maut dalam kejadian itu.
Astro catat pendapatan RM870 juta, PATAMI RM24 juta
Astro Malaysia Holdings Berhad melaporkan pendapatan sebanyak RM870 juta bagi suku kedua untuk tahun kewangan berakhir 31 Januari 2024, disokong pertumbuhan segmen jalur lebar di sebalik keadaan makroekonomi yang turun naik dan juga mata wang asing.
Lawatan rasmi Yang Dipertua Dewan Rakyat ke China
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul kini berada di Beijing China untuk lawatan rasmi beliau ke negara itu bermula 22 Sept hingga 30 Sept ini. Wartawan Astro Awani, Firdaus Azil kini berada di sana bagi mengikuti perkembangan lawatan tersebut.
Sukan Asia: Perkembangan terkini atlet Malaysia
Hari kedua temasya Sukan Asia Hangzhou sudah memberi bayangan kilauan pingat yang bakal dituai kontinjen negara, namun tiada siapa menduga sinar itu hadir dalam acara e-Sukan.
Kontinjen e-Sukan negara kini berpeluang untuk merangkul pingat emas pertama kontinjen negara.
Butiran lanjut kita bersama rakan setugas, Karl Nunis.
Kontinjen e-Sukan negara kini berpeluang untuk merangkul pingat emas pertama kontinjen negara.
Butiran lanjut kita bersama rakan setugas, Karl Nunis.

KSN umum pusingan kerja dan pelantikan baharu KSU
Mohd Zuki dalam kenyataan hari ini memaklumkan penempatan baharu itu berkuat kuasa esok.

Ismail Sabri harap lebih banyak kursi pengajian Melayu ditubuh
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap lebih banyak kursi pengajian Melayu ditubuhkan di universiti serantau dan peringkat global dalam memartabatkan Bahasa Melayu.
Kesalahan Jenayah Komersil Januari-Ogos 2023
15,786 individu ditahan di atas pelbagai kesalahan jenayah komersil bagi tempoh Januari-Ogos tahun ini.
[TERKINI] Keputusan petisyen Parlimen Masjid Tanah 27 Oktober
Mahkamah Pilihan Raya di sini, hari ini menetapkan 27 Oktober depan sebagai tarikh keputusan Petisyen Pilihan Raya untuk kerusi Parlimen Masjid Tanah.

Sebahagian wang pinjaman 1MDB masuk ke akaun peribadi Najib - Penganalisis BNM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa lebih GBP9.45 juta wang pinjaman 1MDB telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Laporan jejak wang sahkan RM1.89 bilion 1MDB masuk akaun Najib - Penganalisis BNM
Adam Ariff, saksi pendakwaan ke-47, mengesahkan Tanore memindahkan US$681 juta ke akaun Najib antara 22 Mac 2013 dan 10 April 2013.

AS$30 juta masuk ke akaun Najib dari syarikat samaran - Saksi
Blackstone ialah sebuah syarikat yang dikatakan dikawal oleh ahli perniagaan buruan, Jho Low, melalui rakan sekutunya Tan Kim Loong atau Eric Tan.

Najib terima RM60.6 juta daripada Putera Faisal - Penganalisis BNM
Berdasarkan analisis beliau, bekas Perdana Menteri itu menerima RM60,629,839.43 daripada Putera Faisal Bin Turkey Bin Bandar Alsaud pada 23 Feb 2011 dan 13 Jun tahun sama.

Bicara kes pecah amanah RM6.6 bilion Najib, Irwan mula Jun 2024
Mahkamah menetapkan perbicaraan bermula 4 Jun hingga 27 Jun dan 2 Julai hingga 31 Julai 2024.

Rayuan aktivis politik pindah kes ke Mahkamah Sesyen KL ditolak
Perbicaraan kes seorang aktivis politik yang didakwa memuat naik sebuah video untuk memperlekehkan badan kehakiman kekal di Mahkamah Sesyen Sepang.

Malaysia tekad dapatkan kembali dana 1MDB daripada Goldman Sachs - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan melakukan segala yang perlu untuk mendapatkan kembali dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) daripada Goldman Sachs.

Isu DNAA Zahid: Rakyat perlu adil, tunggu penjelasan dua Peguam Negara - Rafizi
Mengakui beliau juga inginkan jawapan seperti mana orang lain, Rafizi berkata lebih baik mendengar penjelasan daripada Idrus Harun dan Terrirudin.

Kes pinda laporan audit: Mahkamah Rayuan kekal pembebasan Najib, Arul Kanda
Keputusan itu dibuat tiga hakim Mahkamah Rayuan yang menolak dua notis rayuan dikemukakan pihak pembelaan.

Najib wajar dibebaskan untuk kuatkan gabungan BN-PH - Khairy
Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencadangkan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak dibebaskan bagi memberi nilai tambah kepada Kerajaan Perpaduan.