awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib terus terima sokongan memimpin kerajaan

Bernama
Bernama
09/04/2015
00:30 MYT
Najib terus terima sokongan memimpin kerajaan
Pelbagai pihak hari ini terus menyuarakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pelbagai pihak hari ini terus menyuarakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus mengetuai pentadbiran negara.
Parti Gerakan menerusi presidennya Datuk Mah Siew Keong menyatakan pendirian parti itu yang berkeyakinan terhadap Najib dan menyeru semua pihak memberi sokongan padu kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu yang dilihat individu terbaik untuk memimpin negara.
Beliau berkata rakyat Malaysia juga perlu yakin dengan kepimpinan Najib bagi memastikan negara terus kekal pada haluan pembangunan untuk menjadi sebuah negara maju dan mencapai Wawasan 2020.
"Saya yakin akan kepimpinan Perdana Menteri kerana beliau telah membawa banyak transformasi positif kepada negara kita. Beliau telah berusaha kuat tanpa mengenal penat lelah untuk memajukan negara biarpun berdepan dengan landskap politik yang banyak berubah sepanjang 10 tahun lepas," katanya.
Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) turut menyatakan keyakinan dan sokongan penuh terhadap kepimpinan Najib yang sentiasa membela kebajikan masyarakat India dan rakyat keseluruhannya.
Presiden IPF Datuk M. Sambanthan berkata semua anggota parti menyokong penuh Perdana Menteri yang dilihat membawa transformasi politik, ekonomi dan sosial yang membina kepada negara ini.
"Datuk Seri Najib telah membawa banyak perubahan kepada masyarakat India. Sejak beliau menjadi Perdana Menteri, dua menteri penuh dilantik dalam kalangan masyarakat India.
"Selain itu, dari segi pendidikan masyarakat India juga dibela, kuota pelajar India di matrikulasi ditambah dan telah meluluskan peruntukan khas untuk membina sekolah Tamil yang baharu," katanya.
Semalam, MCA turut menyatakan pendirian parti itu yang menyokong penuh kepimpinan Najib dan enggan melayan kritikan terhadap kepimpinannya.
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata fokus parti sebagai anggota komponen BN adalah bersama-sama UMNO untuk membangunkan negara ini.
"Kami memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib. Kami sangat fokus kepada pembangunan negara bersama-sama UMNO serta BN dan tidak membenarkan sebarang serangan bagi menggugat pendirian kami membina negara ini," katanya.
Sebelum itu, beberapa pihak lain termasuk Pergerakan Puteri UMNO, Majlis Senator Malaysia, anggota Parlimen BN dan semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Perak menyatakan pendirian sama.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#GERAKAN
#IPF
#MCA
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan