KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak membalas satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang memberitahu beliau mengenai US$700 juta yang pada asalnya untuk satu usaha sama antara 1 Malaysia Development Bhd dan Petrosaudi International (PSI), telah dilencongkan ke satu syarikat lain.
Bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh, 67, berkata beliau telah menghantar kepada Najib satu SMS menerusi telefon pintar BlackBerry selepas Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 26 Sept 2009 untuk memaklumkan lencongan dana US$700 juta ke Good Star Ltd, syarikat yang didakwa firma gabungan PSI tetapi tidak mendapat balasan daripada bekas perdana menteri itu.
"Ini bukannya satu respons normal atau reaksi daripada Datuk Seri Najib. Pada masa lalu, apapun yang saya hantar kepada beliau, akan dibalas," kata Mohd Bakke dalam pemeriksaan utama oleh ketua pendakwaan Datuk Seri Gopal Sri Ram pada perbicaraan Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy atas dakwaan meminda laporan audit akhir 1MDB.
Good Star Ltd kemudian didapati merupakan sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.
Mohd Bakke berkata lembaga pengarah naik berang apabila isu lencongan dana itu dibangkitkan semasa Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 26 Sept 2009 kerana ia tidak mengikut arahan diberikan oleh lembaga pengarah.
"Pada masa itu, kami tidak tahu ia adalah Good Star. Ini bukan arahan diberikan kepada pengurusan 1MDB dan kami (lembaga pengarah) mempertikaikan bagaimana lencongan itu berlaku.
Shahrol (bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi) berkata pengurusan telah dinasihatkan oleh peguam luar untuk melakukan ini (lencongan) untuk tujuan komersial," katanya.
Saksi ke-13 pendakwaan itu berkata berikutan langkah diambil pengurusan 1MDB itu, beliau mengambil keputusan berundur daripada syarikat pelaburan strategik itu dan meletak jawatan pada 19 Okt 2009.
"Apabila saya mendapati pengurusan tidak mematuhi arahan lembaga pengarah, saya mengesyaki sesuatu kerana pengurusan 1MDB melakukan sesuatu yang tidak selari dengan tadbir urus yang baik.
Terus saya melihat pengurusan dengan kesangsian. Saya tidak gembira, saya marah. Saya beritahu rakan lembaga pengarah bahawa kami semua patut meletak jawatan. Kami (lembaga pengarah) malah memberitahu pengurusan supaya mendapatkan balik US$700 juta itu dan mengambilnya menerusi proses yang sepatutnya," kata beliau.
Ditanya Sri Ram, Mohd Bakke mengesahkan beliau ditemu bual oleh Ketua Audit Negara pada Jun 2015 dan beliau menjelaskan kronologi sejak beliau dilantik selaku seorang pengarah dalam Terengganu Investment Authority (TIA yang kemudiannya menjadi 1MDB) dan pelantikan semula beliau sebagai ahli lembaga pengarah 1MDB.
"Saya juga memberikan Jabatan Audit Negara salinan set minit mesyuarat saya untuk dua mesyuarat 1MDB yang saya hadir pada 26 Sept dan 3 Okt 2009," kata beliau.
Mohd Bakke juga mengesahkan minit mesyuarat yang diserahkan kepada Jabatan Audit menunjukkan Jho Low hadir semasa mesyuarat lembaga pengarah 1MDB pada 26 Sept.
Perbicaraan bersambung di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan pada 7 Mac tahun depan.
Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan pada laporan audit akhir 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.
Arul Kanda dituduh bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan bagi mengelak Ahli Parlimen Pekan itu dikenakan tindakan.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 22 2021

Mohd Bakke berkata lembaga pengarah berang apabila isu lencongan dana itu dibangkitkan semasa Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 2009. - Gambar fail/ Bernama

Kes dera: Adik mangsa disyaki turut terima nasib sama
Terdapat kesan kecederaan fizikal lama dan baru ke atas kanak-kanak lelaki itu.

COVID-19: Kes harian menurun kepada 2,239 pada Ahad
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4.47 juta kes.

Keluar wang dari mesin ATM tanpa perlu guna kad, tawaran baharu buat pelanggan Maybank
Bagi mengaktifkan pilihan tersebut, pengguna perlu menekan ATM cash-out di aplikasi MAE.

Sambutan Hari Guru peringkat nasional diadakan di Kelantan buat kali pertama
Sambutan Hari Guru yang diadakan di Bachok ini dihadiri oleh sebahagian warga pendidik dari seluruh negara.

COVID-19: Singapura lapor tiga kes tempatan varian Omicron BA.4, BA.5
Ini adalah kes komuniti pertama yang disahkan membabitkan varian BA.4 dan BA.5

Aktres Tamil ditemui mati pada hari lahir
Sahana ditemui mati tergantung di tingkap tandas di kediamannya pada malam hari kelahirannya ke 22.

Kes dera: Pasangan suami isteri direman tujuh hari
Perintah reman bermula Isnin itu dikeluarkan Majistret Anis Hanini Abdullah selepas mendapat permohonan daripada pihak polis.

Penghantar makanan maut dilanggar bas
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Lelaki sesat hampir 24 jam di Gunung Banang ditemui selamat
Mangsa yang berusia 45 tahun ditemui selepas dia berjaya keluar sendiri dari kawasan pendakian.

AWANI Ringkas: Kes Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan

Debat Perdana: Najib selar dakwaan Mukhriz berkaitan isu Sapura Energy
Najib menyelar kenyataan Mukhriz yang mengatakan beliau mahu menyalahgunakan dana rizab negara dalam menyelamatkan Sapura Energy Berhad (SEB).

Debat Perdana: Fahmi Fadzil tidak puas hati, banyak 'syarat' diletak 'team Najib'
Terdapat banyak kekangan atau syarat yang diletakkan termasuk dari segi format, soalan serta lokasi.

Kerajaan perlu teliti cadangan pengambilalihan Sapura Energy oleh Petronas - Tok Pa
Pelbagai pihak telah memberikan cadangan kepada kerajaan berhubung perkara berkenaan.

Jadikan kombinasi hujah debat Najib-Anwar kerangka dasar negara - Zahid
Wacana intelektual harus diadakan dengan lebih kerap supaya bukan hanya mahu merungkaikan permasalahan sesuatu kumpulan, lebih penting supaya rakyat diberikan kefahaman.

'Kalau ada GST, rakyat lebih senang hari ini' - Najib
Datuk Seri Najib Razak yakin nasib rakyat Malaysia akan lebih senang hari ini jika sistem cukai itu masih dilaksanakan.

Debat Perdana: Rakyat pemenang sebenar - Penganalisis politik
Ia merupakan platform yang memberikan rakyat peluang untuk membuat penilaian tentang isu yang dibangkitkan, secara langsung dan terus.

"Saya beza dengan Najib" - Anwar sedia siasatan skandal Forex dibuka
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, kalau betul tindakan mahu diambil, masalah utama yang perlu diselesaikan adalah berkaitan rasuah.

Debat Perdana: Najib syor Petronas ambil alih SEB
Justeru, bekas Perdana Menteri itu mengesyorkan agar Petronas mengambil alih syarikat minyak dan gas (O&G) kedua terbesar dunia itu.

Debat Perdana: Anwar gesa audit forensik siasat masalah Sapura Energy
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata masalah yang dialami syarikat SEB adalah bersifat 'simptomatik' selepas ia mula dikesan pada 2016.

Pendengaran permohonan rayuan Deepak ditetapkan pada 27 Mei
Dalam saman itu mereka mendakwa defendan telah melakukan tort konspirasi, penipuan, penyalahgunaan proses dan/atau perlakuan yang tidak mengikut undang-undang, dan menuntut ganti rugi am.