KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah memberikan kelulusannya kepada pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menukar pelaburan Petro Saudi International (PSI) syarikat itu kepada 'nota janji hutang' yang dikatakan bernilai AS$2.3 bilion.
Bekas pengarah bukan eksekutif 1MDB Tan Sri Ismee Ismail, 58, berkata demikian semasa disoal balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam perbicaraan bekas perdana menteri itu berhubung penyelewengan RM2.3 bilion daripada dana 1MDB.
Ismee bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa adalah tidak masuk akal bagi pengurusan 1MDB menerima nota janji hutang tanpa cagaran.
Saksi pendakwaan ke-13 itu juga bersetuju bahawa 'nota janji hutang' tersebut tidak pernah ditunjukkan kepada lembaga pengarah 1MDB.
Apabila ditanya mengenai pemahamannya mengenai nota janji hutang itu, Ismee berkata: "Ia seperti 'saya berjanji untuk membayar' ".
Beliau juga berkata pengurusan dana itu seolah-olah bertindak atas arahan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.
Sebelum ini, mahkamah diberitahu bahawa 1MDB membayar AS$1 bilion pada 2009 untuk 40 peratus kepentingan dalam usaha sama itu manakala PSI memegang baki 60 peratus. Dana tersebut kemudiannya ditukarkan kepada nota Murabahah Islamiah.
1MDB kemudian membayar AS$830 juta lagi antara 2010 dan 2011 bagi tujuan yang sama. Menjelang 2012, nota itu dikatakan bernilai AS$2.22 bilion.
Muhammad Shafee kemudian menyoal saksi mengenai laporan kewangan 1MDB bagi 2013 yang sepatutnya dimuktamadkan oleh firma audit KPMG namun mereka tidak dapat berbuat demikian walaupun selepas setahun.
Menjawab perkara itu, Ismee berkata ia disebabkan oleh KPMG tidak berpuas hati terhadap dokumen dan jawapan yang diberikan oleh pengurusan 1MDB kepada syarikat audit berkaitan pelaburan 1MDB dalam Brazen Sky Ltd, sebuah syarikat yang diperbadankan di British Virgin Islands oleh Jho Low.
Ismee berkata pada masa itu, beliau telah meminta satu mesyuarat diadakan oleh pengurusan 1MDB, semata-mata untuk mengemas kini lembaga pengarah terutamanya berhubung dokumen dan butiran yang diminta oleh KPMG mengenai isu pelaburan Brazen Sky, kerana KPMG membangkitkan isu 'aset asas' pelaburan.
Muhammad Shafee: Adakah anda, terfikir bahawa KPMG menyusahkan? Ismee menjawab mereka 'agak mendesak'.
Muhammad Shafee: Mereka mempunyai alasan kukuh untuk mendesak. Sekarang, jika melihat kembali, anda tahu apa yang berlaku kepada wang (pelaburan)? Ismee menjawab: Ya.
Ismee juga bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa sepanjang proses itu, Najib tidak menghalang audit 1MDB oleh KPMG.
Najib, 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 04 2022
Ismee bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa adalah tidak masuk akal bagi pengurusan 1MDB menerima nota janji hutang tanpa cagaran. - Gambar fail/Bernama
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.