KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menghadiri mesyuarat melibatkan pemimpin Malaysia dan Singapura behubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang diadakan baru-baru ini.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tiga menteri dan pegawai kanan menghadiri mesyuarat bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong itu.
Menurutnya, menteri yang hadir selain beliau ialah Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
BACA: Singapura terbuka terima cadangan baharu dari Malaysia berkaitan HSR - Hsien Loong
“Apa yang berlaku adalah, kenyataan dibuat selepas itu dan kita belum ada mesyuarat jemaah menteri. Pada hari Jumaat, saya jangkakan Perdana Menteri akan laporkan kepada Kabinet apakah hasil pertemuan empat mata antara dua Perdana Menteri itu," katanya sebelum RSN Rayer (PH - Jelutong) bangun mencelah.
Rayer: "Saya tanya tadi, ada tak Yang Berhormat Pekan (Najib) ada sama ke tidak? Ada gambar tular. Ini bukan buang masa, ini Parlimen, kami perlukan jawapan.”
Ka Siong: “Saya dah jawab dengan jelas, yang pergi empat orang, tiada Yang Berhormat Pekan. Saya nak jawab macam mana lagi?”
Rayer: “Pekan tidak hadir?”
Ka Siong: “Saya berada di situ pada jam 11.30 pagi sampai hampir jam 3.00 petang. Kami empat menteri sahaja. Saya tak tahu dari mana datangnya Yang Berhormat kata orang lain pun ada pergi. Tiada. Cuma empat orang menteri dan pegawai kanan sahaja,” kata Ka Siong sebelum meneruskan jawapan lisan beliau.
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong sebelum ini berkata republik itu terbuka menerima cadangan baharu dari Malaysia berkaitan projek HSR Kuala Lumpur-Singapura walaupun kedua-dua negara sebelum ini telahpun bersetuju untuk menamatkan projek tersebut.
Beliau berkata Kementerian Pengangkutan dari kedua-dua negara akan membincangkan perkara tersebut dan Singapura berharap menerima butiran lebih terperinci dari Malaysia.
Ridauddin Daud
Wed Dec 01 2021
Ka Siong berkata, hanya Ismail Sabri bersama tiga menteri dan pegawai kanan menghadiri mesyuarat bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong itu. - Gambar/ Bernama
PADU: Lebih 9 juta telah daftar
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) meningkat kepada 9.24 juta setakat Khamis.
PM adakan lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu
Dalam lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara lain bakal melakukan walkabout di Bazar Ramadan Desa Ilmu disusuli Majlis Iftar Berbuka Puasa Madani di Masjid Al-Muttaqin
UMNO Sabah akan lebih teliti pilih calon - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak mahu calon yang akan diketengahkan UMNO dalam PN Sabah nanti ditolak rakyat sekaligus mendatangkan kerugian buat parti itu.
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej disambung
Hakim Mahkamah Nur Asyraf Zolhani membenarkan tempoh reman disambung tujuh hari bermula Jumaat
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Pesawat Bombardier CL-415 Maritim Malaysia digerakkan bagi membantu memadam kebakaran yang dikesan berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Baram
Dua lelaki mengaku tidak bersalah lakukan rompakan berkumpulan
Dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan secara berkumpulan, minggu lepas.
Kesabaran rakyat ada batasnya - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan isu air di Sabah perlu segera diselsesaikan jika tidak ia akan memberi kesan besar kepada rakyat.
AWANI Borneo [29/03/2024] - Kes bunuh pelajar kolej vokasional | Operasi bom air | Ini satu musibah - Bung Moktar
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Projek LRT tidak jejas status George Town sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke
Kerajaan jamin pembangunan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang tidak akan menjejaskan status George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Ahli perniagaan didakwa tipu, pecah amanah, salah guna harta syarikat RM13.4 juta
Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menipu, pecah amanah dan menyalahgunakan harta syarikat, melibatkan kerugian berjumlah RM13.4 juta.
'Tiada layanan istimewa kepada Najib'
Semua banduan diuruskan mengikut peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Najib miliki kuasa penuh dalam SRC - Bekas pengarah
Bekas pengarah SRC International memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Najib mempunyai kuasa penuh untuk membuat semua keputusan dalam SRC.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
AS$8.99 juta diterima BVI dikawal sekutu Jho Low - Saksi
Seorang penyelesai hutang (liquidator) memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bayaran AS$8.99 juta diterima syarikat Blackstone Real Asia Estate Partners Ltd (BVI) dikawal oleh sekutu Jho Low.
AS$120 juta pinjaman KWAP kepada SRC masuk ke akaun peribadi Najib - Saksi
Datuk Seri Najib Tun Razak menerima AS$120 juta daripada hasil pinjaman KWAP kepada SRC International Sdn Bhd antara Dis 2011 hingga Mei 2012, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
'Adakah benar Najib rayu dikenakan tahanan rumah?' - Ismail Sabri
Beliau mahu kerajaan menjawab adakah benar rayuan pengampunan Datuk Seri Najib Razak turut melibatkan pertukaran tempat tahanan dari penjara ke tahanan rumah.
SRC mangsa penipuan berskala besar yang didalangi Najib - Peguam
Peguam utama SRC International Datuk Lim Chee Wee berkata Najib melakukan kesalahan ini melalui pelbagai jawatan awam yang dipegang beliau.
AG peroleh kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara (AG) untuk memulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil.
Tahanan di rumah tiada kaitan dengan Najib - Saifuddin
Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen menerusi tahanan di rumah kepada banduan tiada kena mengena dengan usaha untuk membebaskan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kelulusan Najib diperlukan sebelum sebarang langkah dibuat dalam operasi 1MDB - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu mahkamah kelulusan Datuk Seri Najib Tun Razak diperlukan sebelum sebarang langkah dibuat dalam operasi 1MDB.