Tujuh projek besar untuk rakyat Kelantan yang dijanjikan Barisan Nasional pada Januari lepas akan dimasukkan ke dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 parti itu.
Sesuai dengan semangat "Janji Ditepatiā, Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata BN akan memastikan janji itu ditunaikan demi kepentingan rakyat Kelantan.
Menurut najib, BN tidak akan bertangguh dalam melaksanakan projek yang dijanjikan.
"Antara (janji itu) jika kita dapat laksanakan lebih awal, kita laksanakan untuk memberi keyakinan kepada rakyat kelantan untuk tukar (kerajaan negeri). Kita lakukan perubahan yang besar, bumi Kelantan ini kita jadikan gelombang merah."
Antara tujuh projek yang dimaksudkan ialah pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu, penyelesaian masalah air dan pembinaan tiga ribu unit perumahan rakyat.
Najib berkata demikian pada majlis Himpunan Perdana Anak-anak Kelantan di Perantauan 2013 yang dihadiri 15,000 rakyat kelahiran negeri berkenaan.
BN, katanya, akan berusaha membawa kemajuan ke negeri itu demi masa depan generasi akan datang.
Astro Awani
Mon Feb 18 2013
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
Najib: Tukar kerajaan Kelantan
Tujuh projek besar untuk rakyat Kelantan yang dijanjikan Barisan Nasional pada Januari lepas akan dimasukkan ke dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 parti itu.