awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tapir jantan mati dilanggar kenderaan di Kemaman
Syarikat AS Ocean Infinity sahkan sambung semula pencarian pesawat MH370
Suspek ada pengetahuan, kemahiran dalam pembuatan bahan letupan - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib ucap syabas atas kejayaan penasihat sainsnya

Bernama
Bernama
03/02/2014
23:25 MYT
Najib ucap syabas atas kejayaan penasihat sainsnya
Prof. Emeritus Datuk Seri Dr Zakri Abdul Hamid
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan syabas kepada penasihat sainsnya Prof. Emeritus Datuk Seri Dr Zakri Abdul Hamid kerana dipilih sebagai penerima Hadiah Antarabangsa Alam Sekitar Zayed 2014 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
"Syabas kepada Datuk Seri Dr Zakri Abdul Hamid kerana memenangi anugerah Hadiah Antarabangsa Alam Sekitar Zayed 2014 di Dubai," katanya menerusi laman Twitter beliau Isnin.
Sabtu lepas, Zakri dipilih sebagai penerima anugerah alam sekitar paling berprestij di dunia itu bagi kategori Kecemerlangan Sains dan Teknologi yang turut dikongsi bersama seorang lagi iaitu ahli sains dari India, Ashok Kosla.
Hadiah bernilai US$1 juta (RM3.34 juta)) berkenaan diberikan kepada Zakri dan Ashok atas kepimpinan cemerlang mereka sehingga membawa kepada perubahan besar dalam pengurusan alam sekitar dunia.
Anak kelahiran Pahang yang merupakan Pengerusi Bersama Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (Might) itu telah bergiat aktif di peringkat antarabangsa termasuk memimpin beberapa badan global dalam bidang pengurusan alam sekitar.
Zakri merupakan Pengerusi Badan antara Kerajaan Mengenai Biodiversiti dan Ekosistem (IPBES) dan Ahli Lembaga Penasihat Sains kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
#Prof. Emeritus Datuk Seri Dr Zakri Abdul Hamid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan