awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Kes 1MDB: Najib didapati bersalah atas semua 25 pertuduhan babitkan dana RM2.3 bilion
Kedutaan nasihatkan rakyat Malaysia elak kawasan sempadan
[TERKINI] Najib bersalah 21 kes AMLA dana 1MDB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib umum KUISAS sebagai universiti berkuat kuasa serta-merta

Bernama
Bernama
10/06/2016
08:03 MYT
Najib umum KUISAS sebagai universiti berkuat kuasa serta-merta
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan para jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kolej Universiti Sultan Azlan Shah hari ini. -- fotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) diberikan status universiti penuh, berkuat kuasa serta-merta.
Najib yang juga Presiden UMNO mengumumkan perkara berkenaan dalam ucapannya sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid KUISAS di sini.
"Bagi kesinambungan bandar Kuala Kangsar yang merupakan bandar pendidikan Melayu tertua di Malaysia, maka sukacita saya umumkan KUISAS sebagai sebuah universiti penuh.
"Dengan ini KUISAS akan menerima geran kerajaan pusat berkuat kuasa serta merta," katanya.
Sehubungan itu Najib berkata, KUISAS akan menggunakan nama Universiti Islam Sultan Azlan Shah (UISAS) dan akan menerima geran tahunan kerajaan.
Beliau bagaimanapun tidak menyebut jumlah geran tahunan berkenaan.
Turut menunaikan solat Jumaat bersama Najib ialah Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta empat orang anak-anak calon Barisan Nasional (BN), Wan Emir Astar, Wan Imar, Wan Iskandar dan Wan Amar.
Turut sama kira-kira 500 jemaah yang terdiri daripada warga KUISAS dan penduduk setempat.
KUISAS mula beroperasi pada tahun 1999 yang dikenali sebagai Kolej Islam Darul Ridzuan sebelum dinaik taraf menjadi kolej universiti pada 2013.
Menaik taraf KUISAS kepada universiti merupakan satu daripada lima agenda yang dijanjikan calon BN Datin Mastura Mohd Yazid kepada pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) diberikan status universiti penuh
#USAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan