awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
14 cedera dalam serangan pisau, semburan cecair di kilang Jepun
Tapir jantan mati dilanggar kenderaan di Kemaman
Syarikat AS Ocean Infinity sahkan sambung semula pencarian pesawat MH370
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Najib bersalah 21 kes AMLA dana 1MDB

Sinar Harian
Sinar Harian
26/12/2025
09:00 MYT
[TERKINI] Najib bersalah 21 kes AMLA dana 1MDB
Najib disabitkan bersalah atas 21 kes pengubahan wang haram (AMLA) sebanyak RM2.3 bilion dana 1MDB pada 2013 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. -Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat, atas 21 kes pengubahan wang haram (AMLA) sebanyak RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) 2013 lalu.

Ringkasan AI
  • Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disabitkan bersalah atas 21 kes pengubahan wang haram (AMLA) sebanyak RM2.3 bilion dana 1MDB pada 2013 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
  • Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan Najib bersalah selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
  • Najib, 72 tahun, boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah suapan atau RM10,000 yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) yang bersidang di Istana Kehakiman di sini, memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan yang mewakili Najib, 72, gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
"Setelah meneliti afidavit dan hujahan bertulis kedua-dua pihak termasuk mendengar hujahan lisan, mahkamah membuat keputusan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melangkaui keraguan munasabah.
“Oleh itu tertuduh didapati bersalah dan disabitkan kesalahan sebagaimana dalam pertuduhan kes ini,” katanya.
Prosiding bersambung dengan Collin meminta pihak pendakwaan berhujah mengenai pemberatan hukuman sementara hujahan untuk mengurangkan hukuman oleh pihak pembelaan.
Terdahulu, Najib didapati bersalah atas empat kes mengunakan kedudukan untuk rasuah dana 1MDB sebanyak RM2.3 bilion, antara 2011 dan 2014 lalu.
Pendakwaan dalam kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib, Datuk Kamal Baharin Omar, Mohamad Mustaffa P Kunyalam, Deepa Nair Thevaharan, Nadia Mohd Izhar, Najwa Bistamam, Hazmida Harris Lee dan Siti Aina Rodhiah Shikh Md Saud.
Sementara pembelaan bagi Najib diwakili peguam-peguam antaranya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Datuk Tania Scivetti, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Wan Mohammad Arfan Wan Othman dan Effa Azuin.
Najib, 72, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama antara 2011 hingga 2014 lalu.
Kesalahan didakwa dilakukan di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon Kuala Lumpur, di antara 24 Februari 2011 dengan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram di antara 22 Mac dengan 30 Ogos 2013, di lokasi sama.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.
Bekas Menteri Kewangan itu berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.
Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama, antara 22 Mac dengan 30 Ogos 2013.
Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah jumlah dana yang didakwa melibatkan pengubahan wang haram dalam kes yang melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak? A: RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) antara 22 Mac hingga 30 Ogos 2013.
  • Q: Siapakah Hakim yang memutuskan Datuk Seri Najib Tun Razak bersalah dalam kes pengubahan wang haram? A: Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah.
  • Q: Apa hukuman yang boleh dijatuhkan ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak jika disabitkan bersalah dalam kes pengubahan wang haram? A: Hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Topic Berkaitan
#1MDB
#Najib Razak
#pengubahan wang haram
#salah guna kedudukan
#AMLA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan