[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
MALAYSIA

Najib yakin kerajaan mampu ambil langkah kurangkan hutang 1MDB

Tan Su Lin 19/05/2015 | 02:02 MYT
NAJIB: Walaupun berdepan kritikan lambat laun akan buktikan 1MDB akan mencapai matlamatnya. - Gambar Fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari berkata kerajaan yakin akan dapat melaksanakan langkah-langkah mengurangkan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Katanya, langkah-langkah itu akan dapat dilaksanakan Kementerian Kewangan meskipun mendapat banyak kritikan.
"Saya yakin kementerian kewangan boleh bersama-sama memastikan pelan pemulihan itu dapat dilaksanakan walaupun kita berdepan dengan begitu banyak kritikan."
"Lambat laun kita boleh membuktikan bahawa langkah-langkah memulihkan 1MDB boleh mencapai matlamatnya," katanya.
BACA: Biarkan Ketua Audit Negara siasat 1MDB terlebih dahulu - Najib
BACA: 'Jangan menghukum tanpa fakta kukuh' - 1MDB
Najib juga memberi jaminan isu 1MDB bakal terjawab selepas pembentangan Laporan Ketua Audit Negara yang akan diserahkan untuk pemeriksaan telus kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak lama lagi.
"Soal 1MDB akan terjawab dalam sedikit masa lagi sebab Ketua Audit Negara akan membentangkan laporannya kepad PAC"
"Saya amat berharap semua pihak akan menunggu laporan tersebut.," katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini pagi tadi.
#1MDB #Arul Kanda #Jabatan Audit Negara #Muhyiddin Yassin #Najib Razak #Nur Jazlan #PAC #PetroSaudi