awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nak pakai pelitup muka fabrik? Ini yang disyorkan WHO

Astro Awani
Astro Awani
23/07/2020
00:08 MYT
Nak pakai pelitup muka fabrik? Ini yang disyorkan WHO
Selain pelitup muka tiga lapis, pelitup muka fabrik turut disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mengekang penularan wabak.
PEMAKAIAN pelitup muka merupakan satu kaedah pencegahan yang penting.
Ia bagi mengelakkan kira-kira 60 peratus penyebaran penyakit saluran pernafasan yang tersebar melalui virus termasuk COVID-19.
Selain pelitup muka tiga lapis, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menyarankan pemakaian pelitup muka fabrik bagi mengekang penularan wabak.
Berikut ciri pemilihan pelitup muka fabrik mengikut saranan WHO:
1. Disarankan untuk golongan tidak mengalami gejala pernafasan dan berada di tempat jangkitan COVID-19 tersebar luas dan penjarakan sosial diamalkan.
2. Lapisan dalamnya perlu menyerap air seperti kapas atau campuran kapas. Fungsinya, bagi menyerap titisan cecair.
PEMAKAIAN ALAT PELITUP SEPARUH MUKA (FACEMASK) Pemakaian alat pelitup muka (facemask) merupakan satu kaedah pencegahan yang penting bagi mengelakkan penyebaran (60%) penyakit saluran pernafasan yang tersebar melalui virus, termasuk COVID-19. pic.twitter.com/fy9ZeXCM2S
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 22, 2020
3. Lapisan tengah perlu bersifat menghindar penyerapan air dan diperbuat daripada bahan sintetik, bukan tenunan seperti Polipropilena atau lapisan kapas. Fungsinya, meningkatkan penapisan atau menyerap titisan cecair.
4. Lapisan luar bersifat menghindar penyerapan air. Contoh bahan adalah Polipropilena, poliester atau campurannya. Fungsinya, menghadkan pencemaran dari luar daripada menembus masuk ke hidung dan mulut pemakai.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Topic Berkaitan
#air
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Malaysia
#pelitup muka
#pemilihan
#penjarakan sosial
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan