awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nak ubahsuai rumah? Tuan rumah berhak minta kontraktor jalani ujian saringan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
11/06/2020
09:22 MYT
Nak ubahsuai rumah? Tuan rumah berhak minta kontraktor jalani ujian saringan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya pihak berkenaan tidak bersetuju, tuan rumah boleh memilih untuk tidak menggunakan perkhidmatan kontraktor atau syarikat pengurusan tersebut.
Pemilik rumah persendirian yang mahu melakukan pengubahsuaian kediaman berhak untuk mengarahkan kontraktor menjalani ujian saringan COVID-19 atau swab test.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya pihak berkenaan tidak bersetuju, tuan rumah boleh memilih untuk tidak menggunakan perkhidmatan kontraktor atau syarikat pengurusan tersebut.
Jelas beliau, setakat ini kerajaan hanya mewajibkan kontraktor warga asing sahaja menjalani ujian saringan bagi mengawal penularan COVID-19.
"Maka itu adalah kontrak atau hubungan antara tuan rumah dengan kontraktor, begitu juga dengan syarikat pengurusan yang menguruskan sesuatu kawasan rumah, kondominium dan sebagainya untuk bersetuju bersama membuat swab test atau tidak.
"Persetujuan antara mereka kerana syarikat pengurusan itu menjaga keselamatan penduduk di bawah jagaan mereka.
"Tetapi bagi kerajaan, kita hanya mengarahkan supaya pekerja asing sahaja yang perlu mendapatkan swab test, itu pun yang bekerja di tapak binaan. Jadi, hak itu (ujian saringan) adalah antara kontraktor dengan tuan rumah ataupun syarikat pengurusan berkenaan," katanya dalam sidang media harian, di sini pada Khamis.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#keselamatan
#Kontraktor
#pekerja asing
#swab test
#Tapak binaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan