awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nakseni bantu pamer, jual lukisan karya golongan OKU

Bernama
Bernama
02/04/2021
10:32 MYT
Nakseni bantu pamer, jual lukisan karya golongan OKU
Datuk Seri Rina Mohd Harun (kiri) berbual bersama Penganjur Program Zuraini Anuar (kanan) pada majlis pelancaran Seni Kreatif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sempena Hari Autism Sedunia 2021 hari ini. - Bernama
KUALA LUMPUR: Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempunyai bakat dan kemahiran melukis berpeluang menjana pendapatan dengan menjual pelbagai hasil karya secara dalam talian di platform Nakseni.
Pengasas We and I Art, Zuraini Annuar berkata platform jualan dalam talian itu bertujuan memberi nilai tambah kepada cabang perniagaan OKU supaya mereka tidak bergantung kepada hasil jualan lukisan secara fizikal sahaja.
Katanya, hasil lukisan seni OKU di atas sesuatu kanvas akan 'dipindahkan' ke produk tertentu yang difikirkan sesuai seperti pelitup muka, baju, gelas dan kotak.
"Ia bukan untuk mengaut keuntungan tapi membantu OKU ini supaya hasil kreativiti mereka dapat pergi lebih jauh," katanya kepada Bernama selepas majlis pelancaran Pameran Seni Kreatif Bernama sempena sambutan Hari Autisme Sedunia 2021 di Wisma Bernama, di sini hari ini.
Pameran yang berlangsung selama 10 hari bermula hari ini dirasmikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Zuraini memaklumkan setakat ini Nakseni yang dilancarkan pada Disember tahun lepas menampilkan tiga pelukis autisme iaitu Haziq Izmi, Izzati Shahrin serta Maria Soo dan pihaknya berharap lebih ramai OKU berbakat dapat ditonjolkan dari semasa ke semasa.
Selain itu, Zuraini berkata Nakseni juga bekerjasama dengan platform dagangan sosial Poptron bagi membolehkan produk yang dihasilkan memenuhi standard antarabangsa sekali gus dapat dipasarkan ke peringkat global.
Sementara itu, Pengarah We and I Art Aizan Nur Yusoff berkata pihaknya sedang melakukan kajian bagi membolehkan lukisan karya OKU di negara ini diterjemah dalam bentuk digital supaya dapat dicetak berulang kali selepas mendapat hak daripada pengkarya asal.
Katanya, usaha itu membolehkan mana-mana pihak berminat membeli karya tersebut mendapatkannya pada harga lebih murah berbanding lukisan asal yang mahal.
"Perkembangan karya seni digital kini pesat berkembang, kita sedang mencari peluang bekerjasama dengan pereka grafik atau artis dalam bidang ini supaya karya seni OKU dapat dipasarkan dalam bentuk digital kelak," katanya sambil menambah tiga tahun diperlukan untuk merealisasikan usaha itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Orang Kurang Upaya
#OKU
#lukisan
#karya seni
#nakseni
#jualan dalam talian
#perniagaan
#prospek
#seni kreatif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan