Dalam keghairahan peniaga menaikkan harga barangan serta makanan berikutan peningkatan harga bahan mentah, seorang pengusaha restoran memilih untuk menjual sepinggan nasi ayam dengan harga RM1.30.
Mungkin perkara itu agak mustahil namun menurut Shahrizan Azmed, 37 tahun, ianya bukan satu gimik pemasaran tetapi lebih kepada prinsip yang dipegangnya iaitu 'berniaga sambil bersedekah'.
Jelasnya tidak salah untuk peniaga mencari keuntungan tetapi perlu juga ada sifat bersedekah supaya hasil perniagaan lebih berkat.
Menurut Shahrizan, harga RM1.30 itu lahir daripada 'satu Al-Quran yang mengandungi 30 juzuk'.
Harga untuk dibawa pulang pula ditetapkan pada RM1.60 bagi menampung kos pembungkusan.
"Dengan harga RM1.30 saya memang tidak akan memperolehi banyak keuntungan.
"Tetapi saya lebih kepada bersedekah kerana dalam perniagaan yang penting sekali adalah niat untuk bersedekah kepada golongan susah," tambahnya lagi.
Selain menawarkan nasi ayam taugeh, restorannya turut menghidangkan makanan laut lambak pada sebelah malam yang disediakan oleh isterinya.
Bagi pelanggan Khairul Azlan Abdul Rahman dari Manjoi, dia begitu terkejut dan tidak percaya apabila terbaca kenyataan yang dimuat naik di Facebook baru-baru ini tentang kedai Nasi Ayam RM1.30 itu.
"Saya sangat puas hati kerana walaupun makan berpinggan-pinggan, harganya tetap murah, memandangkan ekonomi sekarang tidak menentu.
"Bukan sahaja itu, makanan di sini sedap jadi boleh ajak kawan-kawan makan di sini beramai-ramai", ujarnya lagi.
Seorang lagi pelanggan tetap Siti Farah Abdul Bakar berkata dia merasakan kedai ini cukup menarik.
"Kebiasaannya sepinggan nasi ayam dijual pada harga RM4 atau RM5 ringgit. Lain pula dengan kedai ini. Kebetulan pula saya memang gemar makan nasi ayam taugeh," katanya.
Restoran ini yang terletak di kawasan perumahan Bercham ini juga sentiasa penuh dengan pelanggan dari pelbagai kaum dan tidak putus-putus dengan pelanggan sejurus mereka membuka kedai pada jam 11.30 pagi.
Nazialita Geynna Maharan
Thu Jan 25 2018
Mungkin perkara itu agak mustahil namun menurut Shahrizan Azmed, 37 tahun, ianya bukan satu gimik pemasaran tetapi lebih kepada prinsip yang dipegangnya iaitu 'berniaga sambil bersedekah'.- Foto Astro AWANI/Nazialita Geynna Maharan
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Semak latar belakang sebelum beri sedekah - Nancy
Orang awam dinasihat agar menyemak latar belakang penerima sebelum menghulurkan bantuan atau sedekah terutama sepanjang bulan Ramadan.
Berniaga sambil bersedekah, peniaga jual nasi ayam RM1.90
Harga rendah itu ditawarkan kerana prihatin dengan nasib penduduk yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Nasi ayam RM1.30 bukan 'propa', ia kerana 'satu Al-Quran ada 30 juzuk' - Peniaga
Menurut pengusaha Shahrizan Azmed, tawaran RM1.30 bagi sepinggan nasi bukan satu gimik kerana dia lebih kepada berniaga sambil bersedekah.