awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nasi Kandar Salleh tidak dibenarkan kembali beroperasi

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
10/08/2020
10:36 MYT
Nasi Kandar Salleh tidak dibenarkan kembali beroperasi
Pemilik restoran Nasi Kandar Salleh di Napoh sudah diarah tutup dan disita sebelum tindakan lanjut ditentukan selepas TEMCO. - Gambar fail
“Tiada lagi Nasi Kandar Salleh.”
Itu penegasan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, selepas kerajaan negeri mengambil tindakan tegas ke atas pemilik Nasi Kandar Salleh di Napoh itu untuk tidak membenarkan premis itu kembali beroperasi.
Menurut beliau, premis terbabit sudah diarah tutup dan disita sebelum tindakan lanjut ditentukan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) tamat pada 30 Ogos ini.
Muhammad Sanusi berkata, Majlis Daerah Kubang Pasu juga telah membatalkan lesen perniagaan kedai terbabit
Dalam masa sama, katanya, beliau memahami banyak pihak tidak berpuas hati dengan pemilik premis terbabit.
Bagaimanapun, kerajaan negeri katanya, bertanggungjawab memastikan pelaksanaan TEMCO berjalan lancar terlebih dahulu.
"Berkaitan dengan kedai (nasi kandar) Salleh ini sudah diarah tutup. Saya dengar tidak ada tempoh untuk dibuka balik, saya juga difahamkan akan diambil tindakan lain (termasuk) disita dan tidak akan dibuka lagi, kata beliau.
Muhammad Sanusi berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Pusat Kawalan Operasi Bantuan (PKOB) TEMCO Kubang Pasu di Dewan Tunku Anum Kubang Pasu, hari ini.
Sebelum ini, TEMCO terpaksa dilaksanakan di empat mukim di Kedah susulan kewujudan Kluster Sivagangga, berpunca daripada pengusaha kedai nasi kandar di Napoh itu yang didapati positif COVID-19 selepas pulang dari India.
Sehingga hari ini seramai 3,400 penduduk di kawasan itu serta kontak rapat kluster PUI Sivagangga telah melakukan saringan COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID19
#Kedah
#Kluster Sivagangga
#Napoh
#Nasi Kandar Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan