IPOH: Nasib 10 peniaga jalanan yang ditimpa musibah dalam kejadian ribut di Bandar Meru Raya di sini, pada petang Isnin mendapat perhatian kerajaan negeri Perak.
Pengarah Sekretarian Usahawan Negeri Perak, Mohamad Rozlan Mohamad Razalli berkata, pejabat Exco Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi akan mencari jalan untuk membantu 10 peniaga yang terjejas dalam kejadian itu.
Menurutnya, sebagai permulaan, Exco berkenaan menghulurkan sumbangan peribadi untuk meringankan beban kewangan untuk memberi suntikan semangat kepada mereka yang terjejas.
“Kita telah melihat dan mendengar maklum balas daripada mereka yang terjejas.
“InsyaAllah beberapa tindakan akan kita ambil untuk penambah baikan dan juga membantu mereka pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui semasa meninjau lokasi peniaga berkenaan di sini, petang semalam.
Mohamad Rozlan berkata, pihaknya juga akan membantu mereka mendapatkan beberapa bantuan seperti pinjaman tanpa faedah daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN).
“Pejabat Exco juga akan mengusulkan bantuan yang bersesuaian kepada mereka ini untuk membantu mereka memulihkan kembali perniagaan,” ujarnya.
Menurutnya, dalam masa sama, terdapat juga cadangan untuk mencari lokasi yang lebih sesuai yang mempunyai kemudahan lebih selesa untuk peniaga dan pengunjung.
Di samping itu, beliau turut mencadangkan agar peniaga berkenaan mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) atau insuran untuk manfaat sekiranya mereka dilanda musibah.
Dalam kejadian ribut pada petang Isnin, seorang peniaga melecur pada kedua-dua kaki selepas tersimbah minyak panas untuk menggoreng ayam.
BACA: Dugaan peniaga jalanan, khemah diterbang ribut, melecur kena minyak panas
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang itu turut menerbang dan memusnahkan khemah para peniaga.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Jan 19 2022

Mohamad Rozlan (kiri) semasa melakukan tinjauan di lokasi peniaga yang dilanda ribut pada Selasa. - Astro AWANI

Niaga AWANI: Jiwa SME | Guna pengaruh media sosial tingkat jualan cakoi
Biarpun sudah semakin dikenali kebanyakkan warga Johor Bahru....cakoi warna warni, RR Cakoi di gerai sebelah Hospital Sultan Aminah (HSA), masih menggunakan pengaruh media sosial bagi mengetengahkan produk sedia ada. Pemiliknya, Ayza Sarbani berkata selain penggunaan Facebook, Instagram dan aplikasi Whatapss, dia juga menggunakan khidmat influancer untuk menggingatkan kembali kewujudan cakoi 20 perisa itu.

Niaga AWANI: Perdagangan | FDI suku pertama 2022 kekal tinggi
Untuk mengulas lanjut perkara ini, kita bersama dengan. Prof. Dr. Sufian Jusoh Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) UKM

BTS pecah rekod 17 tahun, jadi pemenang terbanyak Billboard Music Awards
BTS yang tercalon lewat enam anugerah, membawa pulang tiga piala, dengan memecahkan rekod, sekali gus menjadikan mereka sebagai kumpulan terbanyak dalam sejarah BMA.

Penubuhan jawatankuasa kerja banteras buruh paksa langkah wajar selesai isu minyak sawit, getah - Zuraida
Ia adalah langkah wajar bagi menyelesaikan isu berkaitan komoditi negara khususnya minyak sawit dan getah.

Banjir N.Sembilan: Dua PPS dibuka di Kuala Pilah
Daerah terlibat banjir adalah di Seremban dan Kuala Pilah.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.06 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.93 mata kepada 1,553.34 daripada 1,544.41 pada Jumaat.

Southampton sasar akhiri peluang Liverpool kejar gelaran liga
Liverpool boleh mengurangkan pendahuluan Manchester City kepada hanya satu mata jika menang bertemu Southampton awal pagi esok.

Penyertaan Sweden, Finland dalam NATO tidak jadi ancaman - Putin
Bagaimanapun, usaha mengembangkan infrastruktur ketenteraan ke wilayah itu pasti akan mencetuskan tindak balas Moscow.

30 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Seramai 1,646,257 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

AWANI Pagi: Mobile Recovery Treatment (MRT), Perkhidmatan rawat pulih baharu AADK
Ketahui Mobile Recovery Treatment (MRT), perkhidmatan rawat pulih baharu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi membantu mereka yang terjebak dalam gejala penagihan dadah. #AWANInews #MalaysiaSihat

10 peniaga ditahan ketika leka bermain judi belangkas
Ketika serbuan, semua lelaki berusia 37 hingga 66 tahun itu sedang berkumpul dan mengelilingi sebuah meja.

Tipu sewa tapak bazar Ramadan menerusi FB, remaja 19 tahun ditahan polis
Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun selepas dipercayai memperdaya orang ramai untuk membayar deposit bagi sewa tapak bazar Ramadan dan Festival Aidilfitri di Bukit Jalil.

Sambutan luar biasa, 4,000 lemang asli Pak Ali terjual dalam tempoh 48 jam
Meraikan syawal tanpa juadah lemang ibarat tidak lengkap. Lebih lagi apabila Hari Raya Aidilfitri diumumkan pada Isnin, lebih awal daripada jangkaan semua pihak.

Ikan salai jadi buruan untuk masakan berbuka puasa
Boleh dikatakan setiap kali bulan Ramadan permintaan terhadap ikan liar Sungai Tembeling dan Sungai Pahang meningkat.

Juadah paling 'berhantu' di bulan Ramadan
Ada beberapa makanan yang dijual setiap hari tetapi apabila masuk saja bulan Ramadan, makanan itu laku bak pisang goreng panas.

Ops Pantau: KPDNHEP Selangor keluarkan 51 kompaun
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor mengeluarkan sebanyak 51 kompaun kepada peniaga dalam Ops Pantau di sekitar negeri ini sejak 3 April lepas.

57 notis kompaun terhadap peniaga bazar Ramadan di Kelantan - JKNK
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengeluarkan sebanyak 57 notis kompaun terhadap peniaga bazar Ramadan di negeri itu sepanjang minggu pertama Ramadan.

Peniaga ikan terlibat kes langgar lari serah diri
Lelaki tempatan berusia 31 tahun itu ditahan selepas hadir di balai polis berkenaan pada kira-kira pukul 1.45 pagi.

27 peniaga bazar Ramadan di Pahang diberikan notis perintah mahkamah
Kesemua notis yang dikeluarkan berjumlah RM4,200 itu sebagai amaran serta peringatan kepada peniaga terbabit supaya mematuhi peraturan ditetapkan.

Bazar Ramadan: Catat butiran penghantar, elak isu keracunan
Peniaga atau pemilik premis perlu mencatatkan nama, alamat dan nombor telefon pembekal yang menghantar makanan.