awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nasib 'Siti Jeram', si janda muda licik ketuai geng pecah tabung masjid

Raffi Bachik
Raffi Bachik
08/02/2018
11:12 MYT
Nasib 'Siti Jeram', si janda muda licik ketuai geng pecah tabung masjid
Abdul Jalil Hassan (dua dari kanan) menunjukkan antara peralatan yang dirampas daripada geng Siti Jeram. -foto AstroAWANI
Geng Siti Jeram yang diketuai seorang janda muda berusia 32 tahun dan dianggotai anaknya berusia 13 tahun serta seorang rakan berusia 20 tahun akhirnya berjaya ditumpaskan.
Geng ini aktif melakukan aktiviti pecah tabung masjid di sekitar Melaka sejak penghujung tahun lalu.
Mereka bagaimanapun ditumpaskan dua jam selepas memecah tabung Masjid Ar-Rahman, Rantau Panjang, Alor Gajah, jam 10.20 malam pada 1 Februari lalu.
Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, tindakan pantas ahli jawatan kuasa (AJK) masjid berkenaan membuat laporan dengan membawa terus rakaman kamera litar tertutup (CCTV) banyak membantu polis dalam membuat tangkapan.
''Kita dibantu rakaman CCTV. Suspek kemudian ditahan sekitar 2 pagi pada 2 Februari di sebuah rumah di Kampung Jeram, Masjid Tanah.
"Ketika kejadian dianggarkan terdapat RM30 dalam tabung masjid berkenaan,'' katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Tambahnya, ketiga-tiga suspek juga sedang di bawah pengaruh dadah jenis methamphetamine ketika tangkapan dibuat.
Modus operandi geng berkenaan adalah dengan ketuanya, Siti Jeram, akan menunggu di dalam kereta ketika anak dan rakannya memecah tabung masjid yang menjadi sasaran.
Siasatan lanjut juga membawa kepada tangkapan seorang lagi suspek berusia 27 tahun pada 3 Februari lalu.
Kesemua suspek direman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Alor Gajah
#anak
#ayer keroh
#CCTV
#Dadah
#janda muda
#kereta
#Masjid Tanah
#Melaka
#pecah tabung masjid
#polis
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan