awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nautical Aliya dijangka tiba di Pelabuhan Klang Khamis

Bernama
Bernama
21/02/2017
14:49 MYT
Nautical Aliya dijangka tiba di Pelabuhan Klang Khamis
AZEEZ: Kapal misi kemanusiaan 'Nautical Aliya' dijangka tiba pulang di Pelabuhan Klang pada Khamis. - Gambar fail
Selepas selesai menghantar 2,300 tan makanan dan barang keperluan untuk etnik Rohingya di pelabuhan Chittagong, Bangladesh dan Yangon, Myanmar, kapal misi kemanusiaan 'Nautical Aliya' dijangka tiba pulang di Pelabuhan Klang pada Khamis.
Ketua misi berkenaan, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata kapal itu kini berada di Selat Melaka selepas mula belayar pulang dari Bangladesh pada 16 Feb lepas.
"Semua kru dan penumpang Nautical Aliya dalam keadaan sihat dan selamat," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Apa terjadi bila ditanya anak pelarian Rohingya tentang cita-cita?
BACA: Hanya 25 sukarelawan Food Flotilla For Myanmar dibenar turun ke lapangan - Abdul Azeez
Beliau berkata sambutan kepulangan bagi lebih 180 sukarelawan 'Food Flotilla For Myanmar' akan diadakan di Boustead Cruise Terminal, Pelabuhan Klang.
Katanya, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dijangka hadir pada majlis itu.
Kapal berkenaan berlepas keluar dari Pelabuhan Klang pada 3 Feb lepas dan menurunkan sebahagian bantuan itu di pelabuhan Yangon pada 9 Feb. Ia tiba di pelabuhan Chittagong pada 14 Feb.
BACA: Kapal Nautical Aliya selamat berlabuh di Chittagong, Bangladesh
BACA: Food Flotilla for Myanmar: "Saya tak sabar untuk sampai ke Rakhine" - Sukarelawan
Bantuan itu untuk diagihkan di tiga kem pelarian di Kutupalong, Cox's Bazar dan Teknaf dengan bantuan Persatuan Bulan Sabit Merah Bangladesh dan Pertubuhan Antarabangsa bagi Migran (IOM).
Misi anjuran Kelab Putra 1Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia itu merangkumi wakil pertubuhan bukan kerajaan dari Malaysia dan negara luar, pasukan perubatan, tenaga pengajar dan pengamal media.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#'Food Flotilla for Myanmar'
#Abdul Azeez Abdul Rahim
#Bangladesh
#Chittagong
#Nautical Aliya
#Rakhine
#Rohingya
#Sittwe
#Teknaf
#Yangon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan