awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nazir Razak tiada hasrat ceburi politik

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
26/01/2022
04:54 MYT
Nazir Razak tiada hasrat ceburi politik
Pengerusi Kumpulan CIMB, Tan Sri Mohamed Nazir Tun Abdul Razak tidak berhasrat untuk menyertai politik, namun, beliau ingin menyumbang kepada perubahan politik dalam negara.
KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Kumpulan CIMB, Tan Sri Mohamed Nazir Tun Abdul Razak tidak berhasrat untuk menyertai politik, namun, ingin menyumbang kepada perubahan politik dalam negara.
Menurut anak bongsu Perdana Menteri kedua negara, Allahyarham Abdul Razak itu, hasrat utamanya ialah untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan sistem negara menyaksikan perubahan.
Sehubungan itu, Nazir menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya pelancaran buku tulisannya, What’s In A Name pada 8 November tahun lalu sebagai membuka jalan untuk beliau menceburi bidang politik.
"Ada orang mendakwa saya melancarkan buku berkenaan (What's In A Name) sebagai melancarkan kerjaya politik. Namun, sebenarnya tidak.
"Jika anda baca buku itu, secara jelas saya nyatakan bukan untuk saya menyertai politik, namun saya mahu menyumbang kepada perubahan politik dalam negara kerana ini yang negara perlukan," katanya dalam sesi temubual bersama Blavatnik School of Government University Oxford, pada Isnin.
Nazir yang juga adik kepada Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib berkata, sejajar dengan hasratnya ingin membina semula Malaysia termasuk perubahan politik, beliau serta 54 tokoh politik, akademik, ekonomi, kesihatan dan undang-undang mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mewujudkan “Better Malaysia Assembly” iaitu reformasi dalam pentadbiran negara.
Malaysia Baharu | Struktur semula sistem demokrasi, sosioekonomi
Platform ini, jelas beliau, bagi membincangkan bagaimanakah cara demokrasi, institusi dan ekonomi Malaysia harus berfungsi.
Dalam perkembangan sama, tokoh perbankan itu mengharapkan generasi muda tidak berputus asa dan terus melakukan perubahan.
"Jangan putus asa, Malaysia baru sahaja membenarkan anak muda 18 tahun mengundi, jadi dinamika pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti adalah berbeza kerana banyak ahli serta parti politik akan mengetengahkan isu anak muda pada masa akan datang," katanya.
Nazir dalam masa sama mengharapkan suara anak muda tidak boleh dipandang mudah oleh kerajaan mahupun organisasi swasta.
Ini bagi memastikan jurang generasi antara golongan berusia dan golongan muda dapat dikurangkan termasuk isu komposisi wanita dalam perjawatan tertinggi.
Topic Berkaitan
#Nazir Razak
#politik
#What's in A Name
#Malaysia Baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan