KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mencadangkan Dewan Rakyat untuk memansuhkan hukuman mati bagi kesalahan berkaitan dadah.
Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, setakat Ogos tahun lalu, terdapat 446 warga asing dan 472 rakyat Malaysia di penjara yang sedang menanti pelaksanaan hukuman gantung sampai mati.
"Ada 12 kesalahan yang boleh dihukum mati, namun yang saya minta di sini hanya (mansuhkan hukuman mati) dadah sahaja.
"Selalunya mereka yang terlibat ini adalah keldai yang selalunya datang dari keluarga yang susah, kurang berpendidikan atau orang kampung yang tidak mendapat apa-apa keuntungan, hanya kerana mereka jadi keldai dadah mereka digantung.
"Hari ini kita gantung seorang, akan ada lagi dua atau tiga lain (yang akan muncul)," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat, pada Rabu.
Menyentuh mengenai tindakan Perdana Menteri yang mengutuskan surat kepada rakan sejawatannya di Singapura, Lee Hsien Loong, bagi meringankan hukuman ke atas Nagaenthran K Dharmalingam yang dijadualkan akan menjalani hukuman gantung kerana mengedar dadah, Nazri berkata, walaupun Malaysia tidak ada asas moral untuk memohon pengampunan itu, namun atas semangat Keluarga Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berusaha untuk mencari keadilan untuk warganegara Malaysia itu.
"Sukar untuk merayu kepada negara-negara ini untuk tidak menggantung mereka apabila Malaysia juga mempunyai hukuman mati mandatori bagi kesalahan," tambahnya.
Beliau berkata kerajaan sudah mengumumkan moratorium hukuman mati pada 2018 namun baru-baru ini dilihat menarik balik keputusan tersebut pada 2020.
“Macam baru-baru ini seorang (wanita) dihukum mati, walaupun 2018 dulu kita kata moratorium, tetapi pada 2020 kita tarik balik.
“Apa ini, sekejap setuju, kemudian tarik balik. Kita tak mahu persalahkan orang lain. Kita Ahli Parlimen ada kuasa untuk memastikan supaya hukuman mati dalam soal dadah dihentikan,” katanya.
Nazri merujuk kes seorang ibu tunggal yang memiliki sembilan orang anak dijatuhi hukuman mati pada Oktober lalu kerana memiliki 113.9g methamphetamine pada Januari 2018.
Nagaenthran ditahan pada April 2009 dan dijatuhi hukuman mati atas kesalahan membawa masuk 42.72g heroin ke Singapura yang dikenali sebagai antara negara yang memiliki hukuman keras terhadap kesalahan dadah.
Banduan tersebut yang sepatutnya menjalani hukuman gantung sampai mati di Penjara Changi pada Rabu namun ditangguhkan bagi memberi laluan pendengaran rayuan terakhir pembelaannya selain lelaki itu dikenal pasti dijangkiti COVID-19 semalam.
Umavathi Ramayah
Wed Nov 10 2021

Mohamed Nazri Aziz mencadangkan Dewan Rakyat untuk memansuhkan hukuman mati bagi kesalahan berkaitan dadah. - Gambar hiasan Astro AWANI

Kerjasama Politik | Ketepikan perbezaan, bentuk semula negara – Muhyiddin
Parti-parti politik di negara ini diharap dapat mengenepikan perbezaan dan menjalinkan kerjasama demi membentuk semula negara di masa depan. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, situasi negara ketika ini tidak begitu baik dan ia perlu ditangani dalam konteks yang besar, antaranya adalah melalui kestabilan politik.

Lee Zii Jia ke final Terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia mengesahkan slot ke final Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menundukkan rakan senegara Liew Daren.

Vaksin COVID-19 | MAIS tetap tamatkan kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka berhubung penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) akibat menolak vaksin COVID-19.

Suara Rakyat | Pemansuhan AP manfaatkan peniaga kecil, masyarakat
Langkah kerajaan memansuhkan permit import (AP) terhadap bahan makanan dapat memberi manfaat terus kepada peniaga kecil dan pengguna. Antara manfaat yang boleh diharapkan mereka ialah harga barangan yang lebih stabil di samping pengguna mempunyai lebih banyak pilihan.

Pemansuhan AP | Pastikan pengusaha tempatan tidak terjejas – MPN
Kerajaan perlu memastikan pengusaha sektor makanan dan pertanian tempatan tidak terjejas dengan pemansuhan keperluan permit import (AP). Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan perlu berhati-hati dengan perubahan dasar yang diputuskan supaya tidak memberi kesan negatif kepada golongan tersebut.

10 Berita Pilihan - (21 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Status bekalan ayam di Selangor dimaklumkan Isnin ini
Kerajaan negeri Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini, pada Isnin (23 Mei).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Mei 2022.

PM Ismail Sabri hadir rumah terbuka Tentera Darat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tentera Darat Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, malam ini.

Anugerah Solidariti | Dua wartawan Astro AWANI antara pemenang
Anugerah Solidariti Media kembali tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Kebebasan Media Sedunia 2022. Acara tahunan itu menyaksikan dua wartawan Astro AWANI turut dipilih sebagai pemenang.

Bukit Aman pertingkat serbuan, buru ketua sindiket dadah
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertingkatkan operasi dan serbuan untuk memburu ketua-ketua sindiket dadah di negara ini.

Ganja untuk perubatan: Tunggu, turunkan jumlah penagih dulu - Hamzah
Hamzah berkata, kemudian baru boleh difikirkan kaedah terbaik untuk membenarkan penggunaan dadah tertentu sebagai tujuan perubatan.

Kuskop sasar lahir lebih ramai usahawan bekas banduan, penagih dadah
Kuskop menyasarkan untuk melahirkan lebih banyak usahawan yang terdiri daripada bekas banduan, bekas penagih dadah dan OKU.

Polis tumpas cubaan seludup dadah RM1 juta ke Sabah, Sarawak guna kurier, kargo KLIA
Polis berjaya menumpaskan cubaan menyeludup dadah jenis syabu dari Lembah Klang ke Sabah dan Sarawak, melalui perkhidmatan kurier dan kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sindiket pengedaran dadah antarabangsa guna krayon tumpas
Polis berjaya membongkar sindiket tersebut yang beroperasi sejak pertengahan tahun lepas untuk pasaran dadah luar negara.

ADUN Pasir Berdamar Terence Naidu hantar representasi gugur pertuduhan salah guna dadah
ADUN Pasir Bedamar itu mendakwa pertuduhan yang dibuat ke atasnya tidak berasaskan bukti yang kukuh.

Lelaki Thai guna taktik bawa anak, cuba seludup 48,000 biji pil yaba
Suspek bersama anaknya ditahan dalam sebuah kereta jenis Toyota Avanza di Kuala Krai bersama pil yaba dianggarkan bernilai RM480,000.

Polis rampas 10.4 kilogram syabu dalam serbuan di Tuaran
Susulan itu polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun.

Anggota polis lepas tuduhan miliki dadah
Pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir pendakwaan.

Dua pengedar dadah dicekup, kereta terbabas di kawasan banjir
Polis terpaksa bertindak melepaskan tembakan ke arah tayar sebuah kereta yang digunakan oleh dua pengedar dadah, selepas cubaan mereka untuk merempuh polis.