Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata beliau akan mengimbangi kepentingan produk kebudayaan sebagai tarikan pelancongan dengan keperluan untuk memelihara seni budaya dan warisan bagi kelangsungan identiti bangsa.
Sambil mengambil contoh Sabah, beliau kagum dengan negeri ini yang mempunyai 32 suku kaum yang hidup dalam penuh harmoni selain mempunyai kekentalan yang berbangga dengan seni budaya mereka hingga dikenali sebagai satu daripada destinasi pelancongan utama dunia.
"Orang Sabah harus berbangga dengan kekayaan seni budaya mereka yang cukup tinggi menjadi contoh ikutan kepada gagasan 1Malaysia dan sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang baharu dilantik saya memilih Sabah menjadi negeri pertama yang dilawati," katanya ketika berucap sempena lawatan ke Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Sabah di sini malam tadi.
Mohamed Nazri sedang dalam siri lawatan kerja selama lima hari ke Sabah mulai Rabu lepas dan beliau meluangkan masa memeriahkan Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai Padi yang berlangsung semalam di Pusat Kebudayaan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA).
Beliau turut menasihati semua pihak supaya memelihara seni budaya yang asli dan tulen Malaysia kerana pelancong yang berkunjung mencari kelainan serta keunikan negara ini.
"Aktiviti yang sedia ada di kalangan masyarakat seperti perayaan, adat, busana, kraf dan seni persembahan boleh dipakejkan untuk manfaat seni budaya yang asli dan tulen.
"Janganlah kita cairkan budaya kita dengan pengaruh luar sehingga para pelancong antarabangsa tidak merasai keunikan budaya Malaysia dan rakyat tempatan sendiri tidak mengenali apa yang dipaparkan," katanya.
Pada majlis itu, Mohamed Nazri turut menyaksikan persembahan seni budaya merangkumi Muzik Kulintangan, Tarian Igal-Igal, persembahan muzik Bungakau dan Persuki, Tarian Sangbai selain penyertaan artis tempatan Jimmy Palikat dengan lagu Tanak Kampung serta lagu Sayang Kinabalu dan Tadau Tagazo Do Kaamatan oleh Clarice John Matta.
Dalam perkembangan berasingan, Mohamed Nazri berkata Jabatan Imigresen Sabah bertindak mengikut undang-undang yang ditetapkan kerajaan negeri dengan menghalang Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar memasuki Sabah pada Khamis lepas.
Jabatan itu, katanya, mempunyai alasan tertentu berbuat demikian berlandaskan undang-undang yang diperuntukkan untuk menjaga keselamatan rakyat di negeri ini.
Pengarah Imigresen Sabah Noor Alam Khan Abdul Wahid Khan dilaporkan berkata penahanan kemasukan anggota Parlimen Lembah Pantai itu dilakukan mengikut Seksyen 65(1) Akta Imigresen 1959/1963 atas arahan kerajaan negeri.
Bernama
Sat Jun 01 2013
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Resepsi bertemakan perkahwinan tradisional Melayu mulakan kepengerusian ASEAN 2025 Malaysia dengan meriah
Resepsi dianjurkan bagi meraikan Setiausaha Pertama Perwakilan Tetap Malaysia ke PBB, Nizhan Faraz Rizal dan isteri.
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
Nazri Aziz sesuai sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat - Zahid Hamidi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz merupakan personaliti yang sesuai sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, kata Ahmad Zahid.
"Jangan sekat demokrasi dalam UMNO" - Nazri Aziz
Usaha menghalang jawatan tertentu tidak dipertandingkan akan memperlihatkan UMNO sebuah parti yang tidak lagi demokratik.
'Kalau tidak faham isu jangan bercakap', pesan Nazri pada Naib Presiden MIC
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan Naib Presiden MIC, A Kohilan Pillay sebagai seorang yang tidak faham isu tetapi cuba menunjuk pandai.
'Apa beza lompat seekor dengan lompat sekumpulan? Sama sahaja' - Nazri
Datuk Seri Nazri Aziz bertegas agar jangka masa tetap untuk Parlimen selama lima tahun dibuat bagi menghalang wakil rakyat khianat terhadap rakyat yang mengundi.
'Bukan isu saya takut kalah tapi masa belum sesuai untuk PRU15' - Nazri
Mohamed Nazri menegaskan beliau tidak mahu PRU15 disegerakan bukan kerana takut kalah tetapi masanya belum sesuai.
Meluat tengok YB Shah Alam - Nazri Aziz
Khalid minta pendirian Nazri berhubung parti yang mengambil Ahli Parlimen yang melompat parti.
Pertemuan Menteri UMNO: Mungkin bincang keperluan PRU15 lebih awal - Nazri
Pertemuan beberapa Menteri UMNO di sebuah hotel di Putrajaya mungkin berbincang mengenai keperluan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 lebih awal.
RUU Antilompat Parti: Blok Pembangkang beri amaran terakhir!
"Maka, kita (pembangkang) harap bentang segera RUU Anti Lompat Parti, ini amaran terakhir daripada kami." - Mohamad Sabu