KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yakin kerajaan akan meminda perlembagaan negara seterusnya memberikan hak kerakyatan kepada anak kepada ibu warga Malaysia dan bapa warga asing yang lahir di luar negara.
Nazri menegaskan beliau berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berhubung perkara tersebut.
Beliau juga yakin Majlis Raja-Raja akan mengambil keputusan sewajarnya demi hak kanak-kanak dan wanita.
“Saya berada dalam Dewan Rakyat mendengar penjelasan Menteri KDN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin ketika sesi penggulungan petang tadi.
“Jawapan yang diberikan cukup baik dan saya sangat berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan berhubung isu kerakyatan anak kepada ibu warga Malaysia dan bapa warga asing yang lahir di luar negara.
“Saya juga yakin tidak akan berlaku diskriminasi terhadap kanak-kanak dan wanita dalam isu ini dengan penjelasan yang diberikan oleh Hamzah.
“Majlis Raja-Raja juga saya jangka tidak mempunyai masalah untuk membenarkan perlembagaan dipinda demi keadilan kepada kanak-kanak dan wanita,” katanya kepada Astro AWANI.
BACA: Dewan Rakyat: KDN cadang pinda Perlembagaan isu kewarganegaraan
Ketika berucap membahaskan Titah Diraja Isnin lalu, Nazri menggesa Kerajaan Persekutuan agar tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengenai hak kerakyatan anak kepada ibu warga Malaysia dan bapa warga asing yang lahir di luar negara.
Pada Rabu, ketika sesi menggulung perbahasan di Dewan Rakyat, Hamzah menjelaskan rayuan yang dibuat bertujuan untuk menangguhkan pelaksanaannya sementara perlembagaan dipinda.
Jelasnya, pindaan perlembagaan akan memudahkan ibu-ibu Malaysia yang berkahwin dengan warga asing untuk melahirkan anak di luar negara.
Bagaimanapun Hamzah menjelaskan cadangan tersebut perlu mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu sebelum draf pindaan Perlembagaan boleh diteruskan.
Irwan Muhammad Zain
Wed Sep 22 2021

Nazri menegaskan beliau berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berhubung perkara tersebut. - Gambar fail
[TERKIN] Gegar Vaganza 11: Liza Aziz juara Gegar Vaganza 11
Liza mendendangkan lagu I Surrender nyanyian asal Celine Dion pada pusingan pertama, sebelum membawa lagu duet Cinta bersama Krisdayanti dan beradu suara dengan tiga peserta wanita lain dalam pusingan battle menerusi lagu Angkat.
Pengunduran Israel: Penduduk Palestin bergerak melalui Netzarim
Ribuan rakyat Palestin telah melalui kawasan itu dalam beberapa minggu kebelakangan ini untuk pulang ke rumah mereka di utara Gaza.
Sidang kemuncak tergempar Arab pada 27 feb
Mesir akan menganjurkan sidang kemuncak tergempar Arab pada 27 Feb bagi membincangkan perkembangan terkini di wilayah Palestin.
Prabowo seru media supaya punyai integriti
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menekankan kepentingan kewartawanan profesional dengan integriti, menyifatkannya sebagai aset berharga kepada negara.
CPI: Malaysia mampu capai kedudukan lebih baik, tangga ke 25 tak mustahil
Peranan yang dimainkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijangka memberi impak positif, selain daripada pelbagai program serta perancangan anti rasuah yang telah dilaksanakan.

Ecuador adakan pilihan raya umum
Rakyat Ecuador keluar mengundi pada Ahad untuk memilih seorang presiden, naib presiden, 151 anggota Dewan Negara dan lima anggota Parlimen Andean untuk tempoh empat tahun.
Keputusan keahlian akan dibincang dengan presiden UMNO
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terlebih dahulu.
MINDEF di peringkat akhir muktamad tapak Mawilla 4 di Bintulu
Kementerian pertahanan (MINDEF) dalam peringkat akhir muktamadkan pemilihan tapak dengan kerajaan Sarawak bagi pembinaan markas wilayah laut 4 (Mawilla 4) tentera laut diraja malaysia (TLDM) di Bintulu, Sarawak.
Kanak-kanak ikuti sesi persekolahan selepas kes mahkamah selesai
Kanak-kanak yang diselamatkan dari GISB Holdings Sdn Bhd yang masih mempunyai urusan di mahkamah akan mengikuti sesi persekolahan baharu selepas proses di mahkamah selesai.
Usaha perkukuh akidah, iman dilaksanakan segera - Mohd Na’im
Titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar usaha memperkukuh akidah dan iman umat Islam di Malaysia dipergiat akan segera dilaksanakan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Hanya duta dijemput ke majlis angkat sumpah Trump - Nazri Aziz
Duta Besar Malaysia ke AS jawab tohmahan segelintir pihak mengenai ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke upacara angkat sumpah Donald Trump.

Resepsi bertemakan perkahwinan tradisional Melayu mulakan kepengerusian ASEAN 2025 Malaysia dengan meriah
Resepsi dianjurkan bagi meraikan Setiausaha Pertama Perwakilan Tetap Malaysia ke PBB, Nizhan Faraz Rizal dan isteri.

Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).

Nazri Aziz sesuai sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat - Zahid Hamidi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz merupakan personaliti yang sesuai sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, kata Ahmad Zahid.

"Jangan sekat demokrasi dalam UMNO" - Nazri Aziz
Usaha menghalang jawatan tertentu tidak dipertandingkan akan memperlihatkan UMNO sebuah parti yang tidak lagi demokratik.

'Kalau tidak faham isu jangan bercakap', pesan Nazri pada Naib Presiden MIC
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan Naib Presiden MIC, A Kohilan Pillay sebagai seorang yang tidak faham isu tetapi cuba menunjuk pandai.

'Apa beza lompat seekor dengan lompat sekumpulan? Sama sahaja' - Nazri
Datuk Seri Nazri Aziz bertegas agar jangka masa tetap untuk Parlimen selama lima tahun dibuat bagi menghalang wakil rakyat khianat terhadap rakyat yang mengundi.

'Bukan isu saya takut kalah tapi masa belum sesuai untuk PRU15' - Nazri
Mohamed Nazri menegaskan beliau tidak mahu PRU15 disegerakan bukan kerana takut kalah tetapi masanya belum sesuai.

Meluat tengok YB Shah Alam - Nazri Aziz
Khalid minta pendirian Nazri berhubung parti yang mengambil Ahli Parlimen yang melompat parti.

Pertemuan Menteri UMNO: Mungkin bincang keperluan PRU15 lebih awal - Nazri
Pertemuan beberapa Menteri UMNO di sebuah hotel di Putrajaya mungkin berbincang mengenai keperluan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 lebih awal.