KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) bercadang untuk menggubal polisi baharu bagi meminda Perlembagaan berhubung kerakyatan automatik anak-anak yang dilahirkan ibu warga Malaysia di luar negara.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, ia adalah berikutan dua keputusan berbeza di mahkamah berhubung isu terbabit baru-baru ini.
Ekoran itu katanya, kerajaan memohon penangguhan pelaksanaan keputusan di Mahkamah Tinggi sehingga isu ini selesai.
"KDN bercadang untuk membawa perkara ini bagi mendapatkan polisi baharu untuk meminda Perlembagaan bagi memudahkan ibu-ibu yang melahirkan anak mereka di luar negara walaupun berkahwin dengan warganegara asing," katanya ketika Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat di sini, pada Rabu.
Pada 9 September lalu, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memutuskan anak-anak yang dilahirkan ibu warga Malaysia di luar negara secara automatik akan diberikan kewarganegaraan Malaysia.
Pun begitu, kerajaan Persekutuan memfailkan notis rayuan untuk mengetepikan keputusan itu.
Mengulas lanjut, Hamzah menjelaskan, pada masa yang sama, Majlis Raja-Raja Melayu selaras dengan Perkara 159(5) Perlembagaan.
Sehubungan itu katanya, KDN mengambil keputusan untuk memohon penangguhan pelaksanaan keputusan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
"KDN kini berada di keadaan terhimpit dengan keputusan Mahkamah Kuala Lumpur iaitu kes Suriani Kempe dan enam wanita Malaysia lain lawan kerajaan Malaysia dan kes satu lagi lawan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan dua lagi berhubung pentafsiran istilah bapa.
"Setelah mendapat dua keputusan yang berbeza dan justeru itu, KDN mengambil keputusan ini," jelasnya.
*Jom kita pantau apa Ahli Parlimen buat pada 13 hingga 15 September; 20 hingga 23 September; 27 hingga 30 September; 4 hingga 7 Oktober; dan 10 hingga 11 Oktober di sini.
Astro Awani
Wed Sep 22 2021

Hamzah Zainuddin berkata, permohonan itu adalah berikutan dua keputusan berbeza di mahkamah berhubung isu terbabit baru-baru ini. - Gambar fail/Astro AWANI
Kempen Rafizi menakutkan, faktor utama kekalahan
Strategi kempen agresif Rafizi yang dianggap menakutkan dan lantang mengkritik sistem dan pihak tertentu, akhirnya menguburkan peluangnya untuk menang.
Tun M sindir pelantikan semula Azam Baki
Tun Dr Mahathir Mohamad tampil menyuarakan pandangannya secara sinis berhubung pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perdana Menteri Vietnam, Loas adakan lawatan rasmi ke Malaysia mulai 25 Mei
Lawatan rasmi itu berlangsung menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 26 dan 27 Mei ini.
Lelaki cedera parah ditetak bekas suami kekasih
Angkara cemburu, seorang lelaki cedera parah selepas ditetak tiga individu termasuk bekas suami kepada teman wanitanya di sebuah unit kediaman di Pangsapuri Puchong Intan, Taman Puchong Intan, Subang Jaya awal pagi Sabtu.

Wei Chong-Kai Wun ke final Masters Malaysia 2025
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun menempah slot final selepas mengecewakan bekas juara dunia Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun.

LIMA'25 tarik 450,000 pengunjung, pacu minat terhadap industri pertahanan negara
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25) melabuhkan tirainya hari ini, dengan mencatatkan kehadiran kira-kira 450,000 pengunjung daripada kesemua kumpulan komersial dan per

Kerajaan jamin harga RON95 tidak dinaikkan - PM
Kerajaan memberi jaminan bahawa harga petrol RON95 tidak akan dinaikkan untuk rakyat, walaupun cadangan berkenaan pernah dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet.

PKR perlu terus jadi teras kepada kerajaan - Amirudin
Keputusan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberikan petunjuk jelas mengenai hala tuju masa depan parti itu serta negara, kata Naib Presiden PKR Datuk Seri Amirudin Shari.

Banyak lori bantuan yang dibenarkan masuk ke Gaza dipintas penduduk terdesak - PBB
Cara terbaik untuk mengelak rampasan ialah dengan menyalurkan lebih banyak bantuan agar penduduk tidak berada dalam keadaan terlalu terdesak.

Biro Politik PKR adakan mesyuarat khas hujung bulan ini, tumpu program PRN Sabah - PM Anwar
Biro Politik PKR akan mengadakan mesyuarat khas pada 29 Mei ini bagi membincangkan mengenai persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Sidang Dewan Rakyat ditangguh ke Julai - Pejabat Speaker
Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat yang dijadualkan berlangsung dari 23 Jun hingga 31 Julai 2025, ditunda ke 21 Julai hingga 28 Ogos depan.

Dua tuntutan diberikan keutamaan dalam rundingan MA63
Dua perkara atau tuntutan utama berkenaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diberikan tumpuan dalam rundingan lanjut kerajaan Sarawak bersama kerajaan Persekutuan.
![[KOLUMNIS] Keberanian PKR dalam mencorakkan masa depan politik [KOLUMNIS] Keberanian PKR dalam mencorakkan masa depan politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-05/51747733247_tbperhimpunanPKR.jpg)
[KOLUMNIS] Keberanian PKR dalam mencorakkan masa depan politik
Berjayanya Anwar memegang tampuk kerusi Perdana Menteri adalah satu tindakan strategik yang menjadikan PKR semakin menarik di mata pemain politik tanah air.

Pengetahuan mengenai ASEAN perlu diberi penekanan di IPT - Johari Abdul
KPT disaran menekankan pengetahuan mengenai ASEAN di IPT agar negara tidak ketandusan pemimpin pelapis yang cakna terhadap isu-isu serantau.

Kerajaan jelaskan langkah hadapi tarif timbal balas AS di Parlimen hari ini
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Anwar dijadual menyampaikan penerangan pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bermula jam 11 pagi.

Pembangkang mahu Sidang Khas 5 Mei jadi medan kumpul idea tangani tarif AS
Sidang Khas Dewan Rakyat pada 5 Mei ini diharapkan menjadi medan terbuka bagi semua pihak untuk melontarkan pandangan dalam menangani tarif yang dikenakan oleh AS.

Parlimen Malaysia, Dewan Negeri Selangor jalin kerjasama anjur YPA
Parlimen Malaysia dengan kerjasama Dewan Negeri Selangor akan menganjurkan Mesyuarat Perundingan Ke-2 Ahli Parlimen Muda Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (YPA).

Akta PSB: Pemilik rumah terlibat akan terima unit yang lebih baik – Nga Kor Ming
Jaminan itu adalah selari dengan peruntukan yang termaktub di bawah Akta PSB, iaitu konsep one-to-one atau not less favourable

Parlimen Belia: Sesi libat urus bersama universiti akan diadakan
Parlimen Malaysia akan mengadakan sesi libat urus bersama universiti awam dan swasta di seluruh negara bagi membincangkan pelaksanaan format baharu Parlimen Belia.

Undang-undang tangani fitnah AI perlu digubal - Yang Dipertua Dewan Rakyat
Johari Abdul mencadangkan agar Malaysia meneliti kemungkinan untuk menggubal undang-undang baharu, bagi menangani penyebaran fitnah menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).