IPOH: Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) telah menyelaraskan pelaburan bernilai RM4.34 bilion ke Perak dan mewujudkan 7,122 peluang pekerjaan pada tahun lepas sekali gus terus memperkasakan pemulihan sosioekonomi negeri ini daripada impak pandemik COVID-19.
Ketua Eksekutif NCIA Datuk Seri Jebasingam Issace John berkata kejayaan itu dicapai melalui pelaksanaan projek berimpak tinggi dan inisiatif pelaburan strategik yang telah membangunkan ekosistem infrastruktur yang kondusif untuk menggiatkan semula sektor pelancongan di Perak.
"NCIA telah melaksanakan projek dan inisiatif selaras dengan Pelan Pembangunan Strategik (SDP) Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) 2021-2025 untuk membantu proses pemulihan industri pelancongan tempatan yang telah terjejas akibat COVID-19.
"Projek-projek strategik dan berimpak tinggi yang dilaksanakan akan memberi limpahan ekonomi yang terhasil daripada peningkatan aktiviti perniagaan dan mewujudkan peluang pekerjaan serta meningkatkan keseluruhan ekosistem pelancongan tempatan yang akan memanfaatkan rakyat," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.
Beliau berkata selaras dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan impak COVID-19 dan mencapai Sifar Kemiskinan Tegar menjelang 2025, 150 peserta daripada program modal insan berteraskan rakyat NCIA seperti Kasih Ibu Darul Ridzuan (KIDR), empowerNCER dan entrepreneurNCER akan dapat memanfaatkan pelbagai peningkatan aktiviti dan projek ekonomi.
Selain itu Jebasingam berkata Program Intervensi Strategik (SIP) NCIA pula akan terus membantu penganggur, pekerja yang diberhentikan dan juga usahawan dalam pelbagai sektor termasuk pelancongan.
"Lebih 800 pekerja yang diberhentikan dalam sektor pembuatan dan lebih 80 pekerja dari sektorpelancongan telah mendapat manfaat daripada program ini di Perak," katanya.
NCIA juga telah mempertingkatkan program [email protected] dan [email protected] dengan melanjutkan insentif subsidi gaji daripada enam bulan kepada satu tahun untuk mengekalkan perniagaandan menyokong mereka dalam tempoh pemulihan.
Menurutnya setakat ini, Program Modal Insan NCER telah memberi manfaat yang ketara kepada 17,604 orang sejak 2019 hingga 2021 dan 12,983 bagi Januari hingga Disember 2021 pula di Perak selaras dengan Pelan Pemulihan Nasional.
Dalam pada itu, Projek Pelancongan Warisan Ipoh merupakan satu daripada inisiatif utama NCIA untuk menggiatkan semula sektor pelancongan negeri Perak yang kini berada di landasan yang kukuh untuk mencatatkan pemulihan tahun ini setelah mengalami peningkatan ketara ketibaan pelancong.
Tegasnya ini dapat dilihat dengan peningkatan 78 peratus tempahan hotel dan mencatatkan ketibaan pelawat domestik kedua tertinggi tahun lepas dengan 13.17 juta pelawat selepas pembukaan semula perjalanan domestik antara negeri.
Jebasingam turut mengumumkan tarikan baharu di Padang Ipoh yang akan dibuka kepada orang ramai tidak lama lagi iaitu sebahagian daripada Projek Pelancongan Warisan Ipoh.
"Ia akan merangkumi infrastruktur pertunjukan cahaya dan bunyi untuk memaparkan sejarah dan budaya Perak bersama destinasi pelancongan lain di negeri ini serta memoir kartunis terkenal dari Perak, Datuk Lat.
"Di bawah Fasa Dua Projek Pelancongan Warisan Ipoh, NCIA akan menaik taraf bangunan lama Dewan Perbandaran Ipoh menjadi Pusat Seni Kebudayaan dan Pejabat Pos Lama akan ditukar menjadi Galeri Seni Digital dan pembinaan dijangka bermula pada suku kedua 2022," katanya.
NCIA juga bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Orang Asli (Jakoa) dalam memulakan sebuah projek pembangunan menyeluruh untuk komuniti Orang Asli di Lata Kinjang yang strategi pembangunan projek itu termasuklah pelaksanaan Program Modal Insan NCER untuk komuniti Lata Kinjang dan menaik taraf infrastruktur pelancongan di Taman Eko-Rimba Lata Kinjang.
Katanya Taman Eko-Rimba Lata Kinjang akan dikendalikan oleh Koperasi Orang Asli Lata Kinjang(KOALK) sebaik sahaja ia dibuka semula kepada orang ramai pada bulan depan sebagai usaha untuk meningkatkan penyertaan Orang Asli dalam aktiviti ekonomi tempatan dan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur untuk Lata Kinjang Fasa 2 pula dijangka dimulakan pada Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 25 2022

Jebasingam Issace John berkata kejayaan itu dicapai melalui pelaksanaan projek berimpak tinggi dan inisiatif pelaburan strategik yang telah membangunkan ekosistem infrastruktur yang kondusif. -Gambar fail/NCER

Malaysia berpotensi jadi hab automotif di pasaran ASEAN - Tengku Zafrul
Malaysia boleh menjadi hab automotif bagi pasaran ASEAN, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

AWANI Ringkas: ‘Najib tak pernah rahsiakan akaunnya akan terima dana besar’
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![AWANI 7:45 [03/02/2023] – Langkah kawal aliran kewangan | Banyak isu lain jadi keutamaan AWANI 7:45 [03/02/2023] – Langkah kawal aliran kewangan | Banyak isu lain jadi keutamaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007874/33867771591675432059566_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [03/02/2023] – Langkah kawal aliran kewangan | Banyak isu lain jadi keutamaan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof Tumpuan #AWANI745 malam ini: - Peruntukan tahunan Ahli Parlimen dikurangkan daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta. - Sekolah pagi bermula jam 8, bukan jadi keutamaan. - Penjara Sungai Buloh semakin sesak, melebihi kapsiti maksimum. - Suhakam bimbang kebajikan 36 kanak-kanak di Depoh Imigresen Lenggeng. #AWANInews

Dialog Poket Rakyat: Formula Tambah ‘Income’ Rakyat
Inflasi dan kos sara hidup sukar dikawal? Kenapa tidak cari jalan bagaimana boleh tambah pendapatan rakyat? Dialog Poket Rakyat, 8.30 malam

PRN: UMNO Selangor sudah muktamadkan kerusi yang bakal ditandingi - Megat Zulkarnain
Megat Zulkarnain memberitahu, setakat hari ini, keputusan tersebut adalah muktamad dan beliau sudah pun memaklumkan perkara tersebut kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Mahkamah tolak saman bekas pelajar sekolah pendidikan khas
Mahkamah Tinggi menolak saman seorang bekas pelajar sekolah pendidikan khas terhadap sekolah dan tiga defendan lain termasuk Kerajaan Malaysia.

Hujan lebat, beberapa kawasan di Seberang Perai dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan sejak jam 4 petang di Pulau Pinang menyebabkan beberapa kawasan di Seberang Perai dilanda banjir kilat.

Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu lori di bawah pengaruh alkohol
Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai dirempuh sebuah lori yang dipandu seorang lelaki disyaki berada di bawah pengaruh alkohol di Jalan Parit Panjang, petang semalam.

AWANI Ringkas: Sesi sekolah bermula 8 pagi bukan keutamaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap [INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007864/8967789641675428256449_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap

NCIA, MITI teruskan kerjasama, bawa pelaburan berimpak tinggi ke NCER
Pihaknya menjangkakan lebih banyak kerjasama dengan MITI, MIDA serta kerajaan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak menjelang 2023.

NCIA tarik RM10.52 bilion pelaburan, lepasi sasaran 2021 bagi Kedah
Dari segi penciptaan peluang pekerjaan, NCIA melepasi sasaran awal iaitu sebanyak 164 peratus atau 5,280 pekerjaan.

NCIA selaras pelaburan RM4.34 bilion ke Perak pada 2021
Kejayaan itu dicapai melalui pelaksanaan projek berimpak tinggi dan inisiatif pelaburan strategik yang telah membangunkan ekosistem infrastruktur yang kondusif.

NCIA sasar pelaburan US$100 juta dari firma teknologi pertanian UAE
Pure Harvest memiliki kepakaran dalam pertanian pintar untuk menghasilkan tanaman bernilai tinggi pada kualiti premium.

Perdagangan luar NCER meningkat 13.1 peratus kepada RM191.7 bilion pada suku ketiga - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sektor pembuatan kekal sebagai aktiviti utama dalam NCER, menyumbang sebanyak 32 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

NCIA tarik RM2.34 bilion pelaburan ke Perak, sediakan 4,400 peluang pekerjaan
NCIA berjaya menarik pelaburan bernilai RM2.34 bilion ke Perak setakat ini yang bakal menyediakan 4,400 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

NCER tarik pelaburan RM16 bilion pada 2021 meskipun berdepan cabaran pandemik
NCIA memperoleh pelaburan bernilai lebih RM16 bilion pada 2021, sekali gus bakal mencipta lebih 19,000 peluang pekerjaan bagi NCER.

NCIA bantu pekerja Silverstone yang akan diberhentikan
Program di bawah modal insan adalah untuk membantu pekerja berkenaan mendapat peluang pekerjaan dan nafas baharu dalam kehidupan mereka.

Pejabat NCIA di Pulau Pinang, Cyberjaya beroperasi ketika PKP
NCIA berkata semua program termasuk di pusat empowerNCER akan kekal beroperasi dengan aktiviti yang minimum dan mematuhi SOP.

Cadangan KXP sebagai lapangan terbang kargo diteliti
Kerajaan sudah menerima beberapa cadangan untuk membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) di Kedah sebagai sebuah lapangan terbang kargo.