ALOR SETAR: Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) berjaya mencatatkan lebihan pelaburan sebanyak RM10.52 bilion atau 22 peratus melebihi sasaran awal RM8.6 bilion, manakala pelaburan yang direalisasikan melepasi sasaran awal sebanyak 138 peratus iaitu RM4.17 bilion di negeri ini, tahun lepas.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, dari segi penciptaan peluang pekerjaan, NCIA melepasi sasaran awal iaitu sebanyak 164 peratus atau 5,280 pekerjaan.
"Melalui Projek Strategik, Pelaburan dan Program Modal Insan NCIA, lebih 15,000 peluang pekerjaan telah diwujudkan di negeri Kedah dan telah menyokong lebih dari 3,000 usahawan mikro.
"Pada masa yang sama, lebih 5,000 perusahaan mikro dan PKS pula telah diberikan bantuan kewangan, dalam memastikan kesinambungan perniagaan," katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Negeri (JPN) hari ini.
Muhammad Sanusi berkata, pendekatan NCIA terhadap pembangunan modal insan telah dirangka dalam Pelan Pembangunan Strategik NCER 2021-2025 (SDP NCER), untuk menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi memacu perkembangan ekonomi berasaskan pengetahuan serta aktiviti berasaskan inovasi dan teknologi.
"NCIA memainkan peranan yang penting dalam membantu pemulihan sosioekonomi negeri Kedah dan memastikan Kedah kekal berdaya saing dalam menarik pelaburan asing dan domestik. Projek-projek strategik seperti 'Kedah Rubber City' (KRC) khususnya, dapat menjadikan Malaysia sebagai hab teknologi getah bernilai tinggi serantau di ASEAN.
"YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan merasmikan Kedah Rubber City (KRC) minggu hadapan di daerah Padang Terap, Kedah. Setelah siap sepenuhnya, KRC akan memacu Malaysia sebagai peneraju industri getah. Ini akan memberi manfaat kepada rakyat Kedah 2 melalui peluang pekerjaan baru dan meningkatkan aktiviti ekonomi," katanya.
Di samping itu, Muhammad Sanusi berkata, memandangkan keperluan global yang semakin meningkat untuk sarung tangan getah kelas perubatan, NCIA telah memudah cara kelulusan pelaburan bernilai RM10 bilion daripada pengeluar berteknologi tinggi, yang ingin meningkatkan kapasiti pengeluaran mereka di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) serta di Zon Ekonomi Sempadan Khas Bukit Kayu Hitam (BKHSBEZ).
"Bagi meningkatkan ekonomi usahawan tempatan, Pusat Ekonomi dan Komuniti Bersepadu ([email protected]) telah diwujudkan di kawasan-kawasan yang kurang membangun, bagi meningkatkan aktiviti ekonomi setempat. [email protected] juga merupakan tarikan baharu yang bertujuan untuk mengurangkan jurang bandar-desa dengan memupuk sikap keusahawanan, menggalakkan penyertaan dan kerjasama tempatan," katanya.
Menteri Besar Kedah itu berkata dua projek perintis iCON di Baling dan Yan akan bermula tahun ini dan dijangka siap pada suku ketiga 2023, dengan NCIA kini memberi tumpuan dalam membangunkan usahawan perintis iCON melalui pelbagai program modal insan seperti entreprenuerNCER.
"Program 'fast track' seperti [email protected] dan [email protected] yang telah dilaksanakan sejak Ogos 2020, memberi tumpuan kepada latihan semula dan meningkatkan kemahiran yang bersepadu dengan latihan kemahiran insaniah, untuk mengukuhkan daya saing peserta dalam pasaran kerja.
"Ini secara langsung menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan yang menganggur dan pekerja yang diberhentikan. Sehingga kini, program [email protected] telah mewujudkan lebih daripada 500 peluang pekerjaan dan melahirkan 1,600 usahawan," katanya.
Katanya, Program Modal Insan NCIA yang sedang dilaksanakan di Kedah iaitu enterpreneurNCER - Latihan dan Keusahawanan, NCER Talent Enhancement Program (NTEP) memberi manfaat kepada hampir 7,000 peserta yang terdiri daripada belia, wanita dan graduan menganggur.
"Peserta juga diberi kursus dan bimbingan mengenai keusahawanan dan bantuan kewangan untuk meringankan faedah ke atas pembayaran pinjaman," katanya.
Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, program Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) diteruskan tahun ini untuk memberi manfaat kepada 4,400 wanita yang mewakili isi rumah miskin tegar di Kedah, dengan membantu menangani kos sara hidup melalui sistem kad tanpa tunai untuk membeli barangan isi rumah daripada panel peruncit, dan mendapatkan rawatan kesihatan di klinik panel swasta.
"Selaras dengan sasaran RMKe-12 iaitu sifar miskin tegar menjelang 2025, peserta KIDA digalakkan untuk menyertai program empowerNCER dan [email protected] di mana sehingga kini, 190 daripada mereka telah berjaya menjana pendapatan sendiri dan berada di landasan yang betul untuk meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga mereka," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Seri Jebasingam Issace John berkata, melalui program modal insan bersepadu NCIA yang bertujuan meningkatkan ekonomi dan ekosistem tenaga kerja di Kedah, pelabur akan dapat memanfaatkan rantaian bekalan tenaga kerja mahir yang komprehensif serta memanfaatkan rangkaian antara industri dan institusi pengajian tinggi.
"Selaras dengan Pelan Pemulihan Negara, lebih daripada 4,500 peluang pekerjaan akan diwujudkan untuk penduduk tempatan yang akan memberi impak positif kepada pembangunan sosioekonomi di Kedah," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Jan 31 2022

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, dari segi penciptaan peluang pekerjaan, NCIA melepasi sasaran awal iaitu sebanyak 164 peratus atau 5,280 pekerjaan. - Gambar fail BERNAMA

Dialog Poket Rakyat: Formula Tambah ‘Income’ Rakyat
Inflasi dan kos sara hidup sukar dikawal? Kenapa tidak cari jalan bagaimana boleh tambah pendapatan rakyat? Dialog Poket Rakyat, 8.30 malam

PRN: UMNO Selangor sudah muktamadkan kerusi yang bakal ditandingi - Megat Zulkarnain
Megat Zulkarnain memberitahu, setakat hari ini, keputusan tersebut adalah muktamad dan beliau sudah pun memaklumkan perkara tersebut kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Mahkamah tolak saman bekas pelajar sekolah pendidikan khas
Mahkamah Tinggi menolak saman seorang bekas pelajar sekolah pendidikan khas terhadap sekolah dan tiga defendan lain termasuk Kerajaan Malaysia.

Hujan lebat, beberapa kawasan di Seberang Perai dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan sejak jam 4 petang di Pulau Pinang menyebabkan beberapa kawasan di Seberang Perai dilanda banjir kilat.

Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu lori di bawah pengaruh alkohol
Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai dirempuh sebuah lori yang dipandu seorang lelaki disyaki berada di bawah pengaruh alkohol di Jalan Parit Panjang, petang semalam.

AWANI Ringkas: Sesi sekolah bermula 8 pagi bukan keutamaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap [INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007864/8967789641675428256449_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap
![[INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022 [INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007863/8967789641675428201872_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022

Thaipusam | Membuat kavadi perlukan dedikasi tinggi
Selepas dua tahun, kavadi berwarna-warni bakal kembali menceriakan sambutan Thaipusam kali ini. Diringi muzik tradisional, penganut Hindu akan menunaikan nazar mengikut niat masing-masing dengan menjunjung paal koodam, kavadi dan mencukur rambut.

Penjara Sg Buloh | Jumlah banduan 36% melebihi kapasiti maksimum 4,200
Jumlah banduan yang ditempatkan di Penjara Sungai Buloh mencecah 36 peratus melebihi kapasiti maksimum, iaitu 4,200 banduan. Namun, menurut Jabatan Penjara Malaysia, masalah kesesakan di Penjara Sungai Buloh telah dikurangkan melalui pelbagai langkah yang merupakan sebahagian daripada reformasi penjara.

NCIA, MITI teruskan kerjasama, bawa pelaburan berimpak tinggi ke NCER
Pihaknya menjangkakan lebih banyak kerjasama dengan MITI, MIDA serta kerajaan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak menjelang 2023.

NCIA tarik RM10.52 bilion pelaburan, lepasi sasaran 2021 bagi Kedah
Dari segi penciptaan peluang pekerjaan, NCIA melepasi sasaran awal iaitu sebanyak 164 peratus atau 5,280 pekerjaan.

NCIA selaras pelaburan RM4.34 bilion ke Perak pada 2021
Kejayaan itu dicapai melalui pelaksanaan projek berimpak tinggi dan inisiatif pelaburan strategik yang telah membangunkan ekosistem infrastruktur yang kondusif.

NCIA sasar pelaburan US$100 juta dari firma teknologi pertanian UAE
Pure Harvest memiliki kepakaran dalam pertanian pintar untuk menghasilkan tanaman bernilai tinggi pada kualiti premium.

Perdagangan luar NCER meningkat 13.1 peratus kepada RM191.7 bilion pada suku ketiga - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sektor pembuatan kekal sebagai aktiviti utama dalam NCER, menyumbang sebanyak 32 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

NCIA tarik RM2.34 bilion pelaburan ke Perak, sediakan 4,400 peluang pekerjaan
NCIA berjaya menarik pelaburan bernilai RM2.34 bilion ke Perak setakat ini yang bakal menyediakan 4,400 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

NCER tarik pelaburan RM16 bilion pada 2021 meskipun berdepan cabaran pandemik
NCIA memperoleh pelaburan bernilai lebih RM16 bilion pada 2021, sekali gus bakal mencipta lebih 19,000 peluang pekerjaan bagi NCER.

NCIA bantu pekerja Silverstone yang akan diberhentikan
Program di bawah modal insan adalah untuk membantu pekerja berkenaan mendapat peluang pekerjaan dan nafas baharu dalam kehidupan mereka.

Pejabat NCIA di Pulau Pinang, Cyberjaya beroperasi ketika PKP
NCIA berkata semua program termasuk di pusat empowerNCER akan kekal beroperasi dengan aktiviti yang minimum dan mematuhi SOP.

Cadangan KXP sebagai lapangan terbang kargo diteliti
Kerajaan sudah menerima beberapa cadangan untuk membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) di Kedah sebagai sebuah lapangan terbang kargo.