KUALA LUMPUR: Negara anggota ASEAN bersepakat untuk memberi kerjasama kepada Malaysia dan mengutamakan rakan negara serantau dalam membantu isu berkaitan makanan yang dihadapi negara masing-masing termasuk isu kekurangan beras.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata keputusan itu dinyatakan menerusi Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45 yang berlangsung di sini, sejak 2 Okt lepas dan melabuhkan tirainya hari ini.
"Kerjasama antara ASEAN misalnya kalau kita menghadapi masalah beras, negara anggota ASEAN akan mengutamakan sesama ASEAN terlebih dahulu. Vietnam, Kemboja dan Thailand juga menyatakan sebarang permintaan baharu penambahan import dan sebagainya, mereka akan mempertimbangkan.
Begitu juga hubungan kita dengan China, tadi pihak kastam China hendak mencari jalan bagaimana mempermudahkan dagangan antara ASEAN dengan China. Begitu juga Jepun dan Korea Selatan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan mesyuarat dan pertemuan bersama Kemboja dan China sempena AMAF hari ini.
Mengulas mengenai sesi AMAF yang berlangsung selama lima hari itu, Mohamad berkata mesyuarat berkenaan telah berlangsung secara lancar serta mengikut agenda yang dijadualkan dan merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakannya.
Malaysia menjadi tuan rumah AMAF ke-45, dalam usaha memperkukuhkan kedudukan ASEAN sebagai "bakul makanan dunia" selain memacu kerjasama lebih erat antara negara anggota bagi memelihara keterjaminan makanan di rantau ini.
Ia disertai negara anggota ASEAN yang terdiri dari Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam bersama China, Jepun dan Korea Selatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 06 2023
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Kelapan Mengenai Kerjasama SPS sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) Ke-45 hari ini. - BERNAMA
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
#ASEAN52: Makanan mampu merakyatkan ASEAN, bukan lagi retorik
Kesatuan 10 negara anggota itu tidak harus hanya memfokuskan kepada hubungan kerajaan dengan kerajaan (G2G) tetapi menjadikannya rakyat dengan rakyat (people centric).