KUALA LUMPUR: Negara-negara ASEAN digesa melabur dalam penubuhan Pusat ASEAN bagi Kecemasan Kesihatan Awam dan Penyakit Baru Muncul (ACPHEED) untuk memperkukuh kesiapsiagaan dan keupayaan tindak cepat serantau.
Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata sudah tiba masanya untuk ASEAN menyokong Jepun dalam penubuhan pusat itu demi manfaat rakyat dan ekonomi kumpulan 10 negara tersebut.
"Rantau kita perlu ada pusat sendiri untuk kawalan penyakit dan pencegahan... inilah peluangnya memandangkan Jepun telah membiayai penubuhan pusat sedemikian.
"Namun, ini memerlukan semua kerajaan di rantau ini melabur dalam pusat itu agar kita tidak akan berdepan isu seperti bagaimana hendak hasilkan vaksin, kenapa bukan kita yang mencipta sains dan teknologi pengeluaran vaksin, pengeluaran kit untuk pengesanan kes dan sebagainya," katanya.
Dr Jemilah berkata demikian dalam webinar bertajuk Responding and Preparing for Natural Hazards under the COVID-19 Pandemic: Sharing Challenges and Lessons from Malaysia and Japan, anjuran Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun Universiti Teknologi Malaysia, di sini, pada Rabu.
Beliau berkata penubuhan pusat sedemikian amat penting memandangkan ASEAN merupakan antara rantau yang paling terkesan serta terus diancam penyakit berjangkit baharu dan yang muncul semula di samping bencana alam.
"Asia Pasifik merupakan rantau paling banyak ditimpa bencana, begitu juga Asia yang menjadi antara kawasan paling teruk terjejas oleh pandemik, baik pada masa lalu mahupun sekarang," katanya.
Sementara itu, beliau memuji Jepun sebagai sebuah negara yang dihormati dalam konteks menguruskan kesiapsiagaan bencana serta pengurangan risiko bencana dari segi dasar dan pelaburan.
"Ramai orang menganggap Jepun berjaya dalam pengurusan dan kesiapsiagaan menghadapi bencana kerana negara itu mempunyai banyak wang... benar, mereka ada wang yang banyak, tetapi sebenarnya bukan itu sahaja.
"Cuba lihat sikap rakyatnya serta sistem pendidikan mereka. Dari segi kebersihan, pemakaian pelitup muka misalnya merupakan amalan biasa, khususnya dalam pengangkutan awam atau di tempat umum," katanya.
Dr Jemilah berkata pandemik itu menyedarkan rakyat Malaysia untuk meningkatkan usaha dalam semua aspek kehidupan, khususnya dari segi kebersihan.
Beliau berkata hasilnya, berlaku penurunan drastik kes selesema dan lain-lain penyakit berjangkit di negara ini berikutan rakyat Malaysia mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam yang sangat baik serta mematuhi prosedur operasi standard semasa pandemik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 17 2021
Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata sudah tiba masanya untuk ASEAN menyokong Jepun dalam penubuhan pusat itu demi manfaat rakyat dan ekonomi kumpulan 10 negara tersebut. - Twitter
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
Ringgit ditutup rendah susulan aktiviti membeli dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila senarai data gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kejatuhan kerajaan Syria merangsang belian mata wang AS itu.
MOF tumpu percukaian progresif, belanjawan mampan bagi utamakan sektor kritikal
Kementerian Kewangan (MOF) akan menumpukan aspek percukaian progresif bagi memastikan keadilan dan belanjawan yang mampan untuk mengutamakan sektor-sektor kritikal negara.
Malaysia bakal raih manfaat daripada tarif meluas AS - Marc Ratings
Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada tarif meluas yang dikenakan Amerika Syarikat (AS), sekurang-kurangnya dalam masa terdekat, demikian menurut MARC Ratings Bhd.
Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diseru memanfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi mengetengahkan dan mempromosikan produk mereka ke peringkat antarabangsa.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan manfaatkan untuk perkasakan belia
Malaysia akan memanfaatkan peranan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi memperkasakan agenda belia.
PM terima kunjungan Setiausaha Agung, bincang persediaan Kepengerusian ASEAN 2025
Anwar hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn di Putrajaya bagi membincangkan perihal persediaan dan penyelarasan menjelang Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun depan.
MATRADE perkasa syarikat pertengahan dengan misi penerapan pasaran ke Vietnam
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengetuai lima syarikat peringkat pertengahan tempatan (MTC) untuk mengikuti Misi Penyerapan Pasaran ke Vietnam.