awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara Barat cadang henti penjualan senjata dan sekat pemindahan teknologi ke Israel

Bernama
Bernama
30/04/2024
11:38 MYT
Negara Barat cadang henti penjualan senjata dan sekat pemindahan teknologi ke Israel
Beberapa negara Barat telah mencadangkan untuk menghentikan penjualan senjata dan menyekat perpindahan teknologi ke Israel dalam pakej langkah yang dibincangkan semasa mesyuarat dua hari di ibu negara Arab Saudi, Riyadh. -Reuters
ANKARA: Beberapa negara Barat telah mencadangkan untuk menghentikan penjualan senjata dan menyekat perpindahan teknologi ke Israel dalam pakej langkah yang dibincangkan semasa mesyuarat dua hari di ibu negara Arab Saudi, Riyadh, Sputnik memetik laporan akhbar Turkiye Hurriyet pada Selasa, memetik sumber.
Pertubuhan Kerjasama Islam, Liga Negara Arab dan beberapa negara Eropah membincangkan langkah-langkah yang boleh dikenakan terhadap Israel dan negara-negara yang menyokong negara Yahudi itu dalam konflik Gaza pada mesyuarat di Riyadh di luar Forum Ekonomi Sedunia, lapor akhbar itu.
Perbincangan itu bertujuan untuk melibatkan sebanyak mungkin negara dalam pakej "elemen tekanan" yang mengandungi cadangan mengenai sekatan ruang udara, antara lain, menurut laporan berkenaan.
Terdahulu pada Selasa, Politico melaporkan sekumpulan lebih 90 peguam Amerika Syarikat (AS), termasuk sekurang-kurangnya 20 daripada pentadbiran presiden, menggesa Presiden AS Joe Biden menghentikan bantuan ketenteraan kepada Israel kerana tindakannya di Semenanjung Gaza, yang menurut mereka bercanggah dengan undang-undang kemanusiaan AS dan antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#negara Barat
#henti jualan senjata
#sekat perpindahan teknologi ke Israel
#Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan