awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara Islam perlu bersatu, tegas bela dan pertahan Palestin - Ismail Sabri

Bernama
Bernama
18/10/2023
13:12 MYT
Negara Islam perlu bersatu, tegas bela dan pertahan Palestin - Ismail Sabri
Ismail Sabri juga berkata, seluruh dunia juga perlu mengambil tindakan tegas atas perbuatan tidak berperikemanusiaan rejim apartheid Zionis. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Negara Islam perlu bersatu dan mengambil tindakan lebih tegas dalam membela serta mempertahankan rakyat Palestin yang sedang dibunuh secara beramai-ramai susulan pengeboman Hospital Al-Ahli Al-Arabi di Gaza yang mengorbankan lebih 500 orang.
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini berkata seluruh dunia juga perlu mengambil tindakan tegas atas perbuatan tidak berperikemanusiaan rejim apartheid Zionis yang harus dihentikan segera bagi mengelakkan tragedi lebih buruk dalam sejarah dunia.
"Harus ditegaskan sekali lagi, konflik yang berlaku ini adalah berpunca daripada sejarah panjang bagaimana Israel secara sistematik menzalimi, membunuh dan merampas tanah rakyat Palestin.
"Saya mendoakan supaya saudara-saudara kita di Palestin khususnya di Gaza sentiasa dilindungi Allah SWT dan terus berjuang mempertahankan tanah air sendiri," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera berkata negara barat khususnya Amerika Syarikat juga perlu bertanggungjawab terhadap kegilaan rejim apartheid Zionis kerana mereka sentiasa berada di belakang Israel yang membunuh insan tidak berdosa di Palestin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#Zionis
#Israel
#negara Islam
#Ismail Sabri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan