BANGKOK: Negara membangun boleh menjadi penyumbang utama kepada perdagangan global dan meningkatkan ekonomi sendiri, sekiranya dapat memperkukuh sektor logistik serta infrastruktur rantaian bekalan.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kejayaan itu dapat dicapai sekiranya negara-negara membangun memberikan penekanan kepada bidang teknologi, memperkemas prosedur kastam dan budaya amalan mampan.
Selain itu, katanya, penekanan kepada tenaga kerja mahir dan mempromosikan inovasi juga menjadi antara faktor untuk memperkukuh sektor logistik dan memastikan rantaian bekalan tidak terjejas.
“ASEAN telah memberikan inspirasi kepada kita dengan model yang berharga untuk kerjasama serantau, memupuk daya tahan dalam menghadapi cabaran ekonomi.
“ASEAN telah mewujudkan persekitaran untuk rantaian bekalan yang teguh dan mampan dengan menekankan integrasi ekonomi dan kemudahan perdagangan.
“Inisiatif seperti ASEAN Single Window menyelaraskan prosedur kastam dan menggalakkan penggunaan teknologi mampan di seluruh negara anggota,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Simposium Antarabangsa Logistik dan Rantaian Bekalan (ISLSC) di Universiti Teknologi Rajamangala (RMUTT) di Bangkok pada Selasa.
Turut hadir, Pengerusi RMUTT, Veerasak Wongsombut.
Simposium yang dianjurkan oleh The Chartered Institute of Logistics and Transport itu dihadiri oleh ahli akademik dari Thailand, Malaysia, Indonesia dan beberapa negara lain.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, perjalanan ke arah pengurusan logistik dan rantaian bekalan yang mampan adalah tanggungjawab bersama.
“Ia memerlukan komitmen untuk berubah, keterbukaan terhadap inovasi, dan dedikasi untuk meninggalkan legasi positif untuk generasi akan datang.
“Simposium ini juga adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia untuk memastikan potensi sektor-sektor ini terus berkembang,” katanya.
Astro Awani
Tue Feb 06 2024
Ismail Sabri berkata, kejayaan itu dapat dicapai sekiranya negara-negara membangun memberikan penekanan kepada bidang teknologi, memperkemas prosedur kastam dan budaya amalan mampan.
Bayaran i-Sejahtera Fasa 3 mulai esok, Pulau Pinang salur RM4.5 juta tahun ini
Sebanyak 4,319 penerima yang layak bagi Fasa 3/2024 program i-Sejahtera di Pulau Pinang akan menerima bayaran mulai esok.
Pantau Agenda Reformasi: Sentimen Arab Palestin jadi warganegara Israel
Forsan Hussein seorang warganegara Palestin yang tinggal di negara haram Israel akibat menjadi mangsa kepada sejarah perang dan penjajahan rejim. Beliau berkongsi pengalaman kesusahan hidup di Israel, diskriminasi dan bagaimana belia membina startup Zaitoun Ventures untuk menghubungkan ekonomi negara-negara di Timur Tengah.
122,000 murid tahun satu masih belum kuasai 3M - Fadhlina
Seramai 122,000 murid Tahun Satu bagi sesi akademik tahun ini di seluruh negara dikesan masih belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).
Niaga AWANI: Northport pertingkat kapasiti melalui lapangan kontena baharu
Northport berkata pembinaan kemudahan terminal terbaharu ini bermula pada 14 Ogos 2023 dan berjaya disiapkan lebih awal daripada jadual.
Niaga AWANI: UMW Toyota jual lebih 72,000 unit kereta tahun ini
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mencatatkan angka jualan yang mengagumkan bulan lalu dengan kira-kira 7,700 unit dijual yang menjadikan jumlah jualan setakat tahun ini lebih 72,000 unit.
Setahun genosid Gaza: Negara Islam perlu cuba hentikan perang terhadap Gaza - Kedutaan Iran
Negara Islam perlu menggunakan kesepakatan dalam menyokong rakyat Palestin sebagai peluang untuk menghentikan perang habis-habisan terhadap Gaza dan genosid oleh Israel, menurut kenyataan dari Kedutaa
Pengasuh didenda RM8,000, campur ubat selesema dalam susu bayi 18 hari
Hakim menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas Hew Foong Chun, 66, dan memerintahkan tertuduh dipenjara sembilan bulan jika gagal membayar denda.
Lapangan Terbang Tawau bakal lebih luas, dilengkapi pendingin hawa
Kerajaan sudah menyenarai pendek 16 kontraktor untuk dinilai serta proses lantikan kontraktor utama dijangka dimuktamadkan awal tahun depan.
Niaga AWANI: Persatuan seru kerajaan lanjutkan pengecualian SST
Menerusi kenyataan AEMI pada Isnin, ia penting untuk menggalakkan pembayaran tanpa tunai yang lebih meluas sejajar dengan usaha Malaysia bagi membina sistem kewangan progresif.
Niaga AWANI: Ulasan pempengaruh tarik 89 peratus pembeli di Malaysia
Sekitar 89 peratus rakyat Malaysia membeli barang terutama dalam produk kesihatan dan makanan kerana dipengaruhi cadangan yang dibuat oleh pempengaruh.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.