MELAKA: Sebanyak 84 balai bomba baharu diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyalurkan perkhidmatan kepada masyarakat di seluruh negara.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata setakat ini Malaysia mempunyai 337 balai bomba dan indeks risiko kebakaran dijadikan sebagai pengukur dalam menentukan keperluan menambah jumlah balai bomba.
"Jadi mana-mana (kawasan) yang ada keperluan mendesak, kita akan bina dahulu dan sudah tentu perkara ini bergantung kepada kewangan negara dan pembinaannya akan dilakukan mengikut fasa," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Beliau ditemui pemberita selepas majlis perasmian acara Larian Bersama Bomba 2024 Malaysia MADANI di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Turut hadir Ketua Setiausaha KPKT Datuk M Noor Azman Taib dan Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohamad.
Beliau berkata pembinaan 84 balai bomba baharu itu juga akan seiring dengan jumlah pegawai dan anggota yang berkhidmat di kemudahan itu serta balai sedia ada.
Setakat ini jumlah anggota bomba di seluruh negara hampir 15,000 orang dan pengisian jawatan juga hampir penuh manakala bagi pengambilan baharu pada tahun ini seramai 509 telah dipilih.
Beliau berkata KPKT serta JBPM juga sentiasa memastikan anggota dan pegawai yang bertugas sentiasa mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Mengulas mengenai apa yang berlaku sejak kebelakangan ini termasuk insiden di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, beliau berkata setiap balai bomba serta anggotanya sentiasa diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang perkara tidak diingini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 19 2024
Pembinaan 84 balai bomba baharu itu juga akan seiring dengan jumlah pegawai dan anggota yang berkhidmat di kemudahan itu serta balai sedia ada. - Gambar hiasan/@viralperak
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Balai Bomba Rantau Panjang tetap beroperasi walaupun dilanda banjir
Operasi di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang di sini berjalan seperti biasa walaupun premis itu dinaiki banjir sedalam 0.6 meter sejak awal pagi Khamis.
KPKT peruntuk hampir RM18 juta laksana 10 projek di Pulau Pinang
Peruntukan itu meliputi kategori bina baharu, baik pulih pembangunan, kerja-kerja menaik taraf landskap serta penyaluran peruntukan kepada enam Rumah Ibadat Bukan Islam.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Pembinaan 84 balai bomba baharu itu juga akan seiring dengan jumlah pegawai dan anggota yang berkhidmat di kemudahan itu.
Orang Asli Lojing mohon bina sekolah menengah, balai bomba
Penduduk bergantung sepenuhnya kepada satu-satunya balai bomba yang terletak di bandar Gua Musang berjarak lebih 90km.
Tiga balai bomba baharu di Sarawak akan mula beroperasi tahun ini
JBPM Sarawak juga merancang menubuhkan dua pasukan "Swift Water Rescue" tahun ini.
Remaja maut, motosikal terbabas di hadapan balai bomba
Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal terbabas ke bahu jalan.
Remaja lelaki lemas di kolam
Pihak bomba menggunakan kaedah 'grappling iron' untuk operasi pencarian.
Kurangkan aktiviti luar, jerebu diramalkan landa Miri
Setakat ini punca kebakaran di lokasi tersebut dipercayai kerana pembakaran terbuka.
Bomba cari kenderaan dipercayai terjatuh ke dalam laut
Kenderaan itu dipercayai terjatuh selepas bertembung dengan sebuah kereta Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki berusia 20-an.
RMK11: Fokus naik taraf pembangunan untuk rakyat Sabah
Menaik taraf pembangunan serta membangunkan beberapa kemudahan asas untuk rakyat Sabah merupakan antara inti pati utama yang perlu diambil kira oleh Kerajaan Persekutuan dalam pembentangan RMK11 esok.