Malaysia sedang berdepan tiga realiti utama yang perlu ditangani segera iaitu negara menua, produktiviti migran serta ketidak seimbangan polisi kepada golongan sasar, menjelang tahun 2050.
Pengarah Urusan dan Ketua Pakar Ekonomi DM Analytics Malaysia, Dr Muhammed Abdul Khalid berkata, menjelang 2035, 15 peratus daripada penduduk di negara ini berusia 65 tahun ke atas.
Beliau akui polisi pada masa kini yang tidak memadai memungkinkan wujudnya populasi rakyat Malaysia yang tua, miskin, sakit dan tiada anak.
NEGARA MENUA
"Dalam tempoh 25 tahun kita akan menjadi negara tua. Peratusan dan kelajuan ini jarang berlaku. Kalau kita tengok contoh seperti di Perancis, mengambil masa 115 tahun daripada lapan peratus hingga menjadi populasi menua. Di Amerika Syarikat mengambil masa 70 tahun, United Kingdom pula 45 tahun dan Afrika 40 tahun.
"Kelajuan negara kita paling tinggi. Dan ini berlaku tanpa kita melakukan campur tangan untuk menangani populasi menua. Jika di negara lain, mereka ada pencen sosial untuk yang mempunyai kekangan kewangan pada hari tua.
"Kita patut lihat pada isu ini, termasuk isu lain seperti kesihatan dan pekerjaan juga dan ia harus ditangani memandangkan kita akan menjadi masyarakat menua pada masa tersebut. Pada masa kini saya melihat kita punya polisi tidak menyeluruh untuk menangani isu ini," katanya.
Muhammed berkata demikian ketika ditemui media pada forum bertajuk "Populasi Malaysia pada 2050: Apakah maksudnya kepada sosio-ekonomi?" di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa di sini hari ini.
PENURUNAN PRODUKTIVITI
Jelasnya, beberapa negara yang mengalami krisis tersebut turut berdepan penurunan produktiviti lantaran tidak mempunyai sumber manusia yang mencukupi.
"Banyak negara apabila populasinya kurang, ada dua perkara yang dilakukan. Pertama, negara itu akan meningkatkan produktiviti termasuk mengerah rakyatnya untuk meningkatkkan produktivti.
"Satu lagi cara yang paling senang yang Malaysia turut lakukan ialah membawa masuk pekerja asing tetapi negara lain mengimport pekerja berkemahiran tinggi dan ia baik untuk pertumbuhan ekonomi bagi menjana pendapatan tinggi.
"Namun, kita (Malaysia) mengimport banyak pekerja berkemahiran rendah. Bukan sahaja mengimport pekerja berkemahiran rendah, malah kita tidak memberi mereka layanan yang baik," katanya.
JURANG MELEBAR
Tambah Muhammed, ketidak seimbangan polisi melebarkan jurang bukan sahaja antara bandar dan luar bandar malah kepada isu pendidikan, kesihatan sekaligus ekonomi.
"Ketidaksamaan ini penting. Ia ada kesan kepada pendidikan, kesihatan, struktur keluarga dan kesan ekonomi. Seperti yang saya beri contoh tadi, (penduduk) di Kuala Lumpur kaya seperti Korea Selatan tetapi di Kelantan ia lebih kurang macam Sri Lanka dan Indonesia. Sri Lanka berdepan perang saudara untuk satu tempoh yang lama.
"Jadi impaknya, penduduk Kelantan hidupnya (jangka hayat) kurang sedikit daripada penduduk di Kuala Lumpur. Adakah ini akan menjadi lebih baik ataupun menjadi lebih buruk? Bagi saya, untuk menjadi lebih baik, itu amat mencabar.
"Kita tengok polisi pendidikan contohnya. Polisi pendidikan yang berteraskan meritokrasi semata-mata. Mendenda orang-orang susah. Bukan hanya di Kelantan, kalau di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, duduk di rumah pangsapuri, mereka ini susah dan sukar mendapat peluang," ujarnya.
Justeru, beliau menegaskan Malaysia memerlukan peningkatan mobiliti supaya pada masa akan datang iaitu pada 2050, semua lapisan masyarakat akan menerima manfaat.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Apr 25 2017
Dr Muhammed Abdul Khalid akui polisi pada masa kini yang tidak memadai memungkinkan wujudnya populasi rakyat Malaysia yang tua, miskin, sakit dan tiada anak. - Gambar Hiasan
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Perlu polisi holistik, mampan tangani masalah miskin bandar - Pakar
Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan adalah berkenaan isu kesihatan mental dan perlindungan sosial.
Negara perlu polisi sesuai tangani situasi rakyat tua, miskin, tiada anak menjelang 2050 - penganalisis
Beliau akui polisi pada masa kini yang tidak memadai memungkinkan wujudnya populasi rakyat Malaysia yang tua, miskin, sakit dan tiada anak.