awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara sengsara jika BN kalah, Pakatan akan tadbir secara anarki - Tun M

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
12/06/2015
13:33 MYT
Negara sengsara jika BN kalah, Pakatan akan tadbir secara anarki - Tun M
Dr Mahathir bimbang masa depan negara akan menjurus kepada pentadbiran anarki sekiranya pembangkang menang pada pilihan raya akan datang. -Gambar fail
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa negara akan huru-hara sekiranya kekalutan ekoran isu 1MDB tidak diselesaikan hingga menyebabkan BN hilang kepercayaan rakyat sewaktu pilihan raya.
Malah, Dr Mahathir bimbang masa depan negara akan menjurus kepada pentadbiran anarki sekiranya pembangkang menang pada pilihan raya akan datang dan mereka diberi mandat memerintah.
Sehubungan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat sebagai faktor penentu dalam pilihan raya itu nanti.
"Selagi dia (Najib) jadi perdana menteri, saya yakin BN (Barisan Nasional) akan kalah pada pilihan raya akan datang.
"Pembangkang berpecah. Mereka tidak berada di posisi yang boleh membentuk kerajaan dan mentadbir negara ini dengan baik.
"Seolah-olah akan jadi (pentadbiran) anarki di mana semua orang akan sengsara (termasuk) Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan.
"Mereka semua akan sengsara sebab negara ini akan menjadi (pentadbiran) anarki," ujar Dr Mahathir.
Dalam pada itu, Dr Mahathir mendesak Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meletakkan jawatan setelah gagal menjawab isu berbangkit dalam krisis kewangan 1MDB.
Sambil menyifatkan ia sesuatu yang tidak realistik, Mahathir mendakwa semua pihak tahu bahawa Arul Kanda Kandasamy berbohong selain mempersoal bagaimana Arul boleh melihat wang berjumlah USD1 bilion itu secara tunai.
"Dia (Arul) boleh jawab kepada pihak berkuasa, tapi faktanya dia menipu. Semua orang tahu dia menipu.
"Dia cakap dia nampak wang tunai. Boleh anda bayangkan melihat USD1 bilion? Saya akan pengsan.
"Tapi dia lihat dan dia pasti dia pernah lihat. Tapi sekarang kita dapati dia tak tengok apa-apa pun. Dia lihat benda-benda yang tidak pernah wujud.
"Saya memang tidak percayakan dia. Saya rasa dia patut letak jawatan. Tiga orang sebelum dia dah letak jawatan; dia pun kena letak jawatan," ujar Dr Mahathir pada sidang media di persidangan antarabangsa 'Plight of the Rohingya' di Muzium Kesenian Islam di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir menyatakan sokongan terhadap rombakan semula kabinet.
Namun, tegasnya individu pertama yang perlu berundur adalah perdana menteri.
"Ya...perlu rombakan semula kabinet. Orang pertama yang perlu berundur adalah perdana menteri," tegas Dr Mahathir.
Topic Berkaitan
#1MDB
#anarki
#Arul Kanda
#Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan