awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara stabil mampu tarik lebih ramai pelancong

Bernama
Bernama
30/11/2017
01:14 MYT
Negara stabil mampu tarik lebih ramai pelancong
Isa Samad berkata, berkata jika berlaku kekecohan di negara ini, ia boleh menakutkan pelancong dan menjejaskan sektor pelancongan. - Gambar fail/BERNAMA
Negara yang baik tanpa pergolakan serta stabil politik semasanya mampu menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke negara ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Tan Sri Isa Abdul Samad.
Beliau berkata jika berlaku kekecohan di negara ini, ia boleh menakutkan pelancong dan menjejaskan sektor pelancongan yang akhirnya akan mengambil masa untuk memulihkan persepsi mereka yang ingin berkunjung.
"Oleh itu, saya percaya bahawa kestabilan di dalam negara amat penting bagi sektor pelancongan untuk membina keyakinan kepada pelancong terutama dari luar negara.
"Perubahan yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mengambil pendekatan untuk membangunkan negara dari segi pengangkutan juga merupakan sesuatu yang kita boleh banggakan kerana dapat menarik pelancong," katanya.
Beliau berucap demikian pada Majlis Jalinan Mesra MATTA (Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia) Negeri Sembilan Chapter di sini, malam tadi.
Turut hadir Pengerusi MATTA Negeri Sembilan Chapter Mohd Azri Abd Razak serta Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Sembilan Yusnaliza Md Yusop.
Selain infrastruktur yang lengkap serta pembangunan yang pesat, pemain industri seperti MATTA seharusnya membuat promosi hingga ke luar negara untuk menimbulkan minat pelancong berkunjung, lebih-lebih lagi sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Isa Samad
#kekecohan
#Najib Razak
#negara stabil
#pelancong
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan