KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memulakan perolehan lebih banyak unit kenderaan 'negative pressure ambulance' bagi mengangkut pesakit COVID-19 ke pusat rawatan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ambulans tekanan negatif itu merupakan keperluan penting terutama di lokasi yang mempunyai kes jangkitan tinggi.
"Kita akan mulakan tender 500 ambulans ini dan bagi ambulans lain kita akan gunakan sistem 'leasing' mengikut zon agar isu logistik pesakit COVID-19 di mana-mana jua dapat diatasi," katanya ketika majlis penyerahan 'Negative Pressure Ambulance' pertama bagi membawa pesakit COVID-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS dekat sini hari ini.
Ambulans tersebut serta dua lagi ambulans biasa itu diserahkan oleh Ketua Pengarah Eksekutif Weststar Group Automotive Division Syed Muhammad Ammar Syed Azman.
'Negative Pressure Ambulance' mempunyai sistem tekanan negatif, penapisan HEPA dan lampu UV khusus untuk kes penyakit berjangkit terutamanya jenis penyakit bawaan udara.
Sistem penapisan HEPA dan lampu UV dapat membersihkan udara dan dalam masa sama dapat memerangkap virus daripada merebak.
Ambulans ini juga dilengkapi dengan Pod Isolasi (Isolation Chamber) yang diperbuat daripada filem TPU khas dan dikuatkan dengan memasukkan tiang ABS di setiap sisi struktur usungan berkenaan.
Kedua-dua kabin ambulans dan ruang pengasingan juga dilengkapi dengan penggera keselamatan untuk memberi amaran kepada kakitangan perubatan jika ada kebocoran udara dan mengambil tindakan sewajarnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 19 2021
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ambulans tekanan negatif itu merupakan keperluan penting terutama di lokasi yang mempunyai kes jangkitan tinggi. - BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
'Negative pressure ambulance' bantu atasi isu logistik pesakit COVID-19
Kementerian Kesihatan (KKM) akan memulakan perolehan lebih banyak unit kenderaan 'negative pressure ambulance' bagi mengangkut pesakit COVID-19 ke pusat rawatan.