Pelaksanaan solat Jumaat di negeri ini yang akan bermula esok hanya boleh dilakukan di masjid dan surau terpilih dengan bilangan jemaah maksimum 12 orang sahaja.
Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Datuk Mohamed Husein, pada sidang media khas di sini, pada Khamis, berkata perkara itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir serta persetujuan Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin, semalam.
"Oleh kerana pandemik COVID-19 belum tamat sepenuhnya, maka kebenaran mendirikan solat Jumaat (di semua masjid) di Negeri Sembilan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih tidak dibenarkan.
"Bagaimanapun, pelaksanaan solat Jumaat hanya terpakai bagi masjid dan surau (yang sebelum ini dibenarkan mengadakan solat) Jumaat yang terpilih sahaja yang akan dipertimbangkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) setelah penelitian dibuat," katanya.
Mengenai solat sunat Aidilfitri, Mohamed berkata ia akan dilaksanakan di masjid dan surau yang sama yang dibenarkan mengadakan solat Jumaat.
"Pelaksanaan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di masjid dan surau selain daripada senarai yang diberi kebenaran, adalah tidak dibenarkan," katanya.
Mohamed berkata bilangan jemaah juga dihadkan dengan minimum empat dan maksimum 12 orang yang terdiri daripada pegawai dan ahli jawatankuasa masjid, bagi kedua-dua solat tersebut.
Sementara itu, beliau berkata Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS akan membuka kaunter zakat bergerak di masjid terpilih di setiap daerah bermula esok sehingga 23 Mei bermula 10 pagi hingga 2 petang, bagi memudahkan masyarakat Islam di negeri ini membuat urusan tersebut.
"Pembukaan kaunter zakat ini lebih memfokuskan kepada penempatan di luar bandar khususnya di gugusan Felda dan perkampungan yang sukar untuk mendapatkan capaian Internet.
"Bagaimanapun, masyarakat Islam yang mempunyai pelbagai kemudahan Internet digalakkan terus menunaikan zakat harta dan zakat fitrah secara dalam talian seperti dimaklumkan sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 14 2020

Bilangan jemaah juga dihadkan dengan minimum empat dan maksimum 12 orang yang terdiri daripada pegawai dan ahli jawatankuasa masjid, bagi kedua-dua solat tersebut. Gambar fail/ Bernama

Bursa Malaysia tegur secara terbuka Reach Energy, denda enam pengarah
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, enam pengarah syarikat itu juga dikenakan denda sebanyak RM50,000 setiap seorang.

PEGT tingkat bekalan gas ke Puchong susulan insiden saluran paip di Putra Heights
Langkah itu merupakan sebahagian daripada penyelarasan berterusan bagi meningkatkan kapasiti bekalan keseluruhan rangkaian pengedaran gas.

Pendekatan 'whole-of-government' tangani isu literasi seksual - Dzulkefly
Isu berkaitan pendidikan kesihatan reproduktif dan literasi seksual dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan muda memerlukan pendekatan menyeluruh.

Kerajaan salur RM30 juta modenkan sektor pertanian negara
Peruntukan yang diterima dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) itu adalah usaha berterusan kerajaan untuk memodenkan sektor pertanian negara.

Pembinaan skala besar LRT Laluan Mutiara bermula suku keempat 2026 - MRT Corp
Kerja-kerja pembinaan berskala besar untuk projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara dijangka bermula pada suku keempat 2026.

SPRM sita aset bernilai RM285 juta tahun lepas
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berjaya merampas, membeku dan melucut hak aset serta mengenakan kompaun yang kesemuanya bernilai lebih RM285 juta pada 2024 dalam usaha membanteras jenayah rasuah.
Tarif Trump: Analisis pasca rundingan delegasi Malaysia dengan Amerika Syarikat
Ikuti langsung Buletin AWANI Khas membawakan analisis komprehensif rundingan Malaysia-Amerika Syarikat berkenaan tarif AS.
Mexico kekurangan bekalan air, tersepit penuhi janji dengan AS
Komuniti petani kini sedang mencari sumber air baharu untuk memenuhi keperluan asas hidupan.
Houthi tembak tujuh reaper milik AS, rugi lebih AS$200 juta
Dron-dron canggih bernilai sekitar 30 juta dolar setiap satu itu ditembak jatuh semasa misi pengawasan dan serangan antara 31 Mac hingga 22 April.
Pakistan kutuk tindakan India gantung Perjanjian Air Indus
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan, Shafqat Ali Khan menekankan bahawa air adalah "kepentingan nasional yang penting" bagi 240 juta rakyat Pakistan.

Banyak kutip duit raya anak? Simpan SSPN solusi terbaik
Literasi kewangan terutama amalan menabung di Malaysia ketika ini masih lagi rendah, menurut dapatan kaji selidik daripada Jawatankuasa Kerja Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN).

Kuota kerusi Parlimen Sabah, Sarawak: Cadangan perlu penelitian - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan semua pihak perlu meneliti cadangan meminda jumlah kerusi Parlimen untuk memenuhi kuota satu pertiga atau 35 peratus.

PM Anwar hadir majlis rumah terbuka Ahmad Zahid di Sri Satria
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri yang dihoskan Timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Sri Satria, hari ini.

Op Selamat 24 catat penurunan 41 peratus kes kemalangan maut
Jumlah kemalangan maut menurun kepada 77 kes berbanding 131 kes tahun lepas.

Aidilfitri: Kutipan sampah meningkat lebih dua kali ganda di Kelantan
Secara purata 200 tan metrik sampah dikutip setiap hari sebelum ini, sepanjang Aidilfitri angka itu meningkat kepada 400 tan metrik sehari.

Tak sangka Aidilfitri terakhir bersama adik - Waris
Kakak salah seorang mangsa yang maut akibat lemas dalam lubang pembetung di Lenggong pagi tadi tidak menyangka sambutan Aidilfitri kali ini merupakan yang terakhir bersama adik tersayang.

Anwar terima kunjungan Prabowo, bincang isu serantau
Perbincangan itu turut menyentuh usaha dan tindakan bersama kepada rakyat Myanmar yang terjejas akibat gempa bumi baru-baru ini.

Aidilfitri: Trafik sesak di Lebuhraya KL-Karak, perlahan di lebuh raya utama lain
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menuju ibu negara dilaporkan sesak dan perlahan setakat 3.15 petang ini.

Aliran trafik di lebuh raya utama lancar setakat 9 pagi ini
Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) bergerak perlahan dari Bentong Barat ke Lentang serta selepas Plaza Tol Bentong.

Aidilfitri: Kesesakan di Lebuhraya KL-Karak dijangka berterusan hingga malam esok - LLM
Kesesakan aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dijangka berterusan hingga malam esok selepas cuti panjang Hari Raya Aidilfitri.